Samsung Galaxy Buds Tertiris – Bateri Lebih Kecil Dan Menggunakan Bluetooth 5.0

Seperti Apple, Samsung juga mempunyai set fon telinga nirwayar sebenar dengan kerangka kuasa tersendiri – Gear IconX. Tetapi, variasi yang terbaru ditukar nama kepada Samsung Galaxy Buds dengan rekaan yang hampir sama dengan Gear IconX.

Terkini, spesifikasi Samsung Galaxy Buds telah tertiris dengan rekaan yang berwarna hitam dan bateri yang lebih kecil dari IconX. Bateri IconX sebelum ini adalah 82mAh (fon telinga) dan 340mAh (kerangka kuasa), manakala pada Galaxy Buds ia mempunyai bateri 52mAh dan 252mAh.

Sama seperti Gear IconX sebelum ini, set fon telinga nirwayar ini turut boleh digunakan secara tersendiri tanpa ditambat pada telefon pintar. Kemudian, Galaxy Buds dinaiktaraf kepada Bluetooth 5.0, storan 8GB yang boelh dimuatkan dengan 2000 lagu dan juga perlindungan kalis peluh IPX2. Disebabkan Galaxy S10 dikatakan akan menyokong pengecasan nirwayar dua hala, Galaxy Buds ini turut menyokong pengecasan nirwayar untuk dicas atas Galaxy S10.

 

Sumber: GSMArena melalui SAMMOBILE (telah dipadam)

Sumber : Amanz