Touch ‘n Go Mengaktifkan Sokongan “Pay Direct” Di 2 Lagi Lebuhraya – Bakal Menyokong LDP, AKLEH, KESAS, NPE Dan Lain-Lain

Touch ‘n Go sebelum ini telah menguji sokongan “Pay Direct” di lebuhraya DUKE. Melaluinya, ia membolehkan pengguna untuk memautkan kad TNG ke aplikasi TNG Ewallet, dan seterusnya membuat potongan bayaran tol daripada akaun TNG EWallet apabila menyentuh kad fizikal TNG do tol berkaitan.

Kini, selain daripada tol DUKE, sokongan sama turut diperluaskan ke tiga lagi tol baru, iaitu tol LKSA (Lebuhraya Kemuning – Shah Alam) dan juga di tol SMART (Stormwater Management And Road Tunnel).

TnG DUKE

Dengan pengenalan ciri “Pay Direct” ini, ia memudahkan lagi pengurusan pengguna, dimana anda boleh menguruskan tambah-nilai terus ke TNG Ewallet dan melihat pelbagai resit bayaran dengan mudah pada aplikasi berkenaan. Bayaran hanya akan ditolak melalui kad fizikal TNG sekiranya dompet digital TNG anda tidak mempunyai sebarang baki.

TnG DUKE

Pada masa yang sama, pihak TNG turut mengumumkan yang mana sokongan sama akan diaktifkan pada pelbagai lebuhraya lain secara berperingkat pada masa akan datang.

Antaranya adalah termasuk AKLEH (Ampang – Kuala Lumpur Elevated Highway), BESRAYA (Besraya Expressway), GRANDSAGA (Lebuhraya Cheras – Kajang), LDP (Lebuhraya Damansara – Puchong), GCE (Guhtrie Corridor Expressway), SILK (Sistem Lingkaran Lebuhraya Kajang), KLK (Kuala Lumpur – Karak Expressway), LATAR (Lebuhraya Kuala Lumpur – Kuala Selangor), GRANDSEPADU (Lebuhraya Grand Sepadu), MEX (Maju Expressway), NPE (New Pantai Expressway), KESAS (Konsortium Expressway Shah Alam Selangor), dan juga SPRINT (Sistem Penyuraian Trafik KL Barat).

Mungkin kita akan mendengar lanjut mengenai perluasan penawaran ciri ini dalam bulan-bulan akan datang daripada pihak TNG.

Sumber : Amanz