Instagram Menguji Fungsi ‘Direct Message’ Untuk Web

Instagram adalah aplikasi sosial media yang cukup terkenal melalui kemampuan perkongsian gambar, video atau juga Stories. Selain itu, Instagram juga mempunyai fungsi menerima dan menghantar mesej peribadi melalui ‘Direct Message’ untuk pengguna berkomunikasi secara peribadi.

Terkini, Instagram dilihat sedang menguji fungsi Direct Message ini untuk digunakan pada web. Buat masa ini di web, pengguna hanya boleh Like, komen, kongsi, akses Explore dan semak notifikasi sahaja. Dengan kemampuan Direct Message kelak, ia akan membantu ramai pengguna – lebih-lebih lagi pengguna iPad. Kelak, pengguna iPad kelak boleh akses Instagram melalui Safari sahaja – dan tidak lagi akses melalui aplikasi Instagram yang tidak dioptimasikan.

Fungsi ini buat masa ini hanya diuji secara dalaman dan belum boleh diuji secara awam. Kita mungkin akan lihat fungsi ini hadir secara meluas, selepas Instagram yakin dengan stabiliti fungsi ini.

Sumber : Amanz