Twitter Menguji Fungsi Baharu Melihat Profil Pengguna Pada Aplikais iOS

Terdapat banyak perkhidmatan media sosial yang boleh anda gunakan. Setiap satunya mempunyai kelebihan tersendiri. Secara peribadi kami lebih gemar menggunakan Twitter kerana ianya padat dengan maklumat tanpa masalah spam pada platform yang lain. Hari ini Twitter mengumumkan ujian fungsi melihat profil pengguna yang baharu pada aplikasi iOS.

Menerusi fungsi baharu ini, apabila nama pengguna ditekan pada skrin profil mereka akan dipaparkan pada skrin kecil yang muncul dari bawah skrin. Menerusi fungsi ini, adalah lebih mudah melihat profil peribadi mereka tanpa keluar dari susur masa. Kerap kali apabila ini dilakukan, pengguna akan terkeluar dari kicauan yang dilihat dan adalah sedikit menjengkelkan. Walaupun telah diumumkan untuk iOS, ia masih belum diaktifkan kepada semua pengguna sistem operasi Apple buat masa ini.

Sumber : Amanz