Samsung Mempatenkan Peranti Dwi-Skrin Boleh Lipat Seakan ZTE Axon M

Acara Samsung Unpacked 2019 akan bermula kurang dari seminggu sahaja lagi. Pada acara itu, kita akan lihat siri Galaxy S10 dilancarkan dan mungkin juga peranti boleh lipat mereka – Samsung Galaxy Fold. Terkini, satu paten peranti boleh lipat baru daripada Samsung telah muncul di Internet dan ia mungkin akan buat peminat rasa kecewa.

Paten peranti baru ini adalah peranti boleh lipat dengan dwi-skrin. Ia bukan peranti boleh lipat yang kita lihat sebelum ini yang menggunakan panel fleksibel. Paten ini mirip kepada ZTE Axon M yang dilancarkan sebelum ini, di mana ia adalah seperti dua telefon pintar yang digabungkan. Menurut sumber, peranti ini digelar sebagai – peranti boleh lipat dengan dwi-skrin melengkung.

Adakah ini peranti Galaxy Fold yang diperkatakan? Jika ya, ia agak mengecewakan – kerana ramai yang ingin lihat peranti boleh lipat dengan menggunakan skrin fleksibel dan bukannya seperti dua telefon digabungkan jadi satu. Apa-apa pun, mari kita nantikan sahaja pengumuman rasmi dari Samsung kelak.

Sumber : Amanz