Senheng Memulakan Pendaftaran Minat Untuk Samsung Galaxy S10

Samsung telah memulakan pra-pendaftaran untuk telefon pintar Galaxy S10 mereka dibeberapa buah negara. Di Malaysia, ia masih belum dimulakan lagi, tetapi penjual terkemuka, Senheng kini dilihat telah memulakan pendaftaran minat untuk Samsung Galaxy S10.

Seperti biasa, ini sekadar pendaftaran minat sahaja – dimana pengguna yang mendaftar akan dihubungi apabila produk berkenaan telah sedia untuk dibeli. Tiada sebarang promosi jualan yang diperlihatkan buat masa ini. Samsung dijangka memperkenalkan tiga variasi Galaxy S10 – iaitu Galaxy S10E, Galaxy S10 dan juga Galaxy S10 Plus.

Samsung menjadualkan tarikh 21 Februari ini untuk pengenalannya. Selain pada laman Senheng, pengguna turut boleh membuat pendaftaran minat untuk Galaxy S10 pada laman rasmi Samsung sendiri.

Daftar Minat : Senheng – Samsung Galaxy S10

Sumber : Amanz