Appmaker.xyz Membenarkan Pengguna Ubah Aplikasi Web Ke Aplikasi Android

Progressive Web App atau PWA adalah aplikasi web yang sangat mesra pengguna. PWA ini bukan sahaja aplikasi web, tetapi laman web interaktif atau laman web yang mesra digunakan pada peranti mudah alih – turut boleh digelar sebagai PWA.

Selain daripada itu, Instant App yang hadir pada Google Play Store – iaitu langkah untuk mencuba sesuatu aplikasi sebelum dimuat turun, juga adalah salah satu bentuk PWA. Kini, jika anda mempunyai laman web yang mesra pengguna atau mempunyai aplikasi web – anda boleh mengubahnya ke fail .APK untuk dipasang sebagai aplikasi dalam peranti Android.

Perkhidmatan ini disediakan oleh appmaker.xyz dan disebabkan Google telah hadir dengan Trusted Web Activities, PWA yang diubah kepada .APK ini boleh diterbit ke Play Store. Perkhidmatan ini adalah percuma, kecuali jika anda ingin tukar nama binaan aplikasi ke nama anda sendiri – sebanyak $19 (~RM77) perlu dibayar.

Sebelum ini, kami pernah laporkan mengenai laman web gonative.io yang membenarkan anda mengubah apa jua laman web kepada .APK dengan mudah. Tetapi, dengan appmaker.xyz ini – ia berkali ganda lebih mudah dari gonative.

Layari appmaker.xyz Untuk Ubah PWA Ke APK

Sumber : Amanz