Lenovo Turut Hadir Dengan Sub-Jenama Sendiri – Lemeng

Nampaknya, trend untuk pengeluar telefon pintar hadir dengan sub-jenama sendiri semakin menjadi-jadi. Huawei – Honor, Xiaomi – Poco/Redmi/Blackshark, Oppo – Realme dan baru-baru ini Vivo dengan IQOO.

Terkini, Lenovo dilihat turut mengikuti trend ini dengan memperkenalkan sub-jenama mereka tersendiri – Lemeng. Lemeng, atau nama penuhnya adalah Lemeng Mobile adalah salah satu bahagian daripada Beijing Lenovo Group dan secara tidak langsung menjadi, sub-jenama Lenovo.

Menurut sumber, Lemeng Mobile sebelum ini telah pun wujud – tetapi telah ditutup beberapa tahun lepas. Kini, Lenovo ‘menghidupkannya’ kembali. Sebelum ini, Lemeng adalah satu syarikat yang menghasilkan telefon pintar yang memfokuskan muzik.

Tidak pasti jika Lenovo akan teruskan Lemeng sebagai peranti yang memfokuskan muzik, atau akan ada fokus baru. Sama-sama kita nantikan.

Sumber : Amanz