Senarai Peranti Xiaomi Yang Bakal Menerima MIUI 11 Tertiris

Berita mengenai MIUI 11 telah didengari sejak bulan Julai tahun lepas. Ia kemudian dilaporkan telah pun memulakan pembangunan bermula Januari. MIUI 11 dikatakan akan mempunyai banyak ciri yang lebih unik.

Terkini, senarai peranti Xiaomi dan Redmi yang bakal menyokong MIUI 11 telah tertiris. Daripada apa yang disenaraikan, terdapat lebih 30 peranti yang akan menerima kemaksini ini. Berikut adalah kesemua peranti yang dikatakan akan menyokong MIUI 11.

Xiaomi Mi 9, Mi MIX 3, Mi 8, Mi MIX 2S, Mi MIX 2, Mi MIX 1, Mi 6X, Mi 6, Mi Note 2, Mi Note 3, Mi 5X , Mi 5c, Mi 5s, Mi 5s Plus, Mi Max 2, Mi Max, Mi Max 3, Mi Play, Redmi Note 7 Pro, Redmi Note 7, Redmi S2, Redmi Note 5, Redmi Note 5 Pro ,Redmi 6, Redmi 6A, Redmi 6 Pro, Redmi 5, Redmi 5A, Redmi 5 Plus, Redmi 4, Redmi 4A, Redmi 4X, Redmi 3S/3X, Redmi Note 5A, Redmi Note 4, Redmi Note 4X, Redmi Note 6, Redmi Note 6 Pro.

Menurut sumber lagi, antara ciri menarik yang mungkin akan hadir dalam MIUI 11 adalah sokongan kamera dengan mod malam yang lebih baik, lebih cantik dan lancar serta dengan ikon baru. Versi pertama MIUI 11 akan hadir pada bulan Jun kelak, sama-sama kita nantikan.

Sumber : Amanz