Malaysia Negara ke 26 Paling Berinovasi Dunia

Inovasi merupakan proses penterjemahan idea atau ciptaan kepada sesuatu produk untuk menjadikannya lebih baik atau perkhidmatan yang dapat memberi nilai yang akan dibayar oleh pelanggan. Untuk membolehkan iannya dipanggil sebagai inovasi, idea tersebut mestilah boleh direplikasi pada kos yang ekonomik dan memenuhi keperluan tertentu.

Inovasi juga turut melibatkan penggunaan maklumat, imaginasi dan inisiatif yang sengaja untuk memperoleh nilai yang lebih besar atau berbeza daripada sumber yang merangkumi semua proses penghasilan idea baru yang dapat ditukar kepada produk yang memberi manfaat kepada pengguna. Dalam perniagaan, proses ini sering berlaku apabila idea yang digunakan oleh syarikat dapat memenuhi keperluan dan jangkaan pelanggannya. Negara yang semakin membangun Malaysia juga tidak ketinggalan dalam menjadi negara yang berinovasi di dunia.

Dalam senarai terbaru yang dikeluarkan oleh Bloomberg, Malaysia berada di kedudukan yang ke 26 selepas Singapura yang berada di kedudukan ke 6 dalam laporan Indeks Inovasi Global (GII) pada tahun ini. Malaysia juga berjaya mengatasi Thailand di kedudukan ke 6 dan Vietnam yang berada di tangga ke 60 dari jumlah keseluruhan sebanyak 137 negara di dunia.

Gambar: https://www.bloomberg.com/news/articles/2019-01-22/germany-nearly-catches-korea-as-innovation-champ-u-s-rebounds
Gambar: https://www.bloomberg.com/news/articles/2019-01-22/germany-nearly-catches-korea-as-innovation-champ-u-s-rebounds
Gambar: https://www.bloomberg.com/news/articles/2019-01-22/germany-nearly-catches-korea-as-innovation-champ-u-s-rebounds

Menurut Laporan Daya Saing Global, laporan tahunan GCR diterbitkan oleh Forum Ekonomi Dunia berdasarkan Indeks Daya Saing Global yang membabitkan 114 indikator yang menggabungkan aspek-aspek ekonomi mikro dan makro. Indikator tersebut juga boleh dibahagikan kepada 12 teras utama yang melingkupi aspek institusi, infrastruktur, makroekonomi, alam sekitar, kesihatan dan pendidikan rendah, pendidikan tinggi dan latihan, kecekapan pasaran barangan, kecekapan pasaran buruh, pembangunan pasaran kewangan, ketersediaan teknologi, saiz pasaran, kemodenan perniagaan dan inovasi.

Baru-baru ini, Bloomberg telah melaporkan bahawa negara Jerman semakin hampir mengejar Korea sebagai juara inovasi. Menurut Blooberg, Korea Selatan masih lagi mengekalkan kedudukannya di tempat pertama dalam Indeks Inovasi Bloomberg 2019, walaupun Jerman telah membuah penambahbaikan dalam bidang penyelidikan dan pendidikan.

Amerika Syarikat pula berada di kedudukan kelapan selepas setahun jatuh di dalam bidang pendidikan yang membolehkannya berada dalam kedudukan 10 teratas untuk kali pertama.

Ini merupakan tahun ketujuh Indeks Inovasi Bloomberg menganalisis berpuluh-puluh kriteria menggunakan tujuh metrik, termasuk perbelanjaan penyelidikan dan pembangunan, keupayaan pembuatan dan penumpuan terhadap syarikat awam yang menggunakan berteknologi tinggi.

 Ekonomi Paling Inovatif Dunia (Korea Selatan dan Jerman berada di kedudukan dua teratas pada tahun 2019)

Gambar: https://www.bloomberg.com/news/articles/2019-01-22/germany-nearly-catches-korea-as-innovation-champ-u-s-rebounds

Kedudukan itu telah dibuat semasa para elite global berkumpul di Forum Ekonomi Dunia di Davos, Switzerland di mana mereka akan membincangkan masa depan globalisasi, peranan negara dan bagaimana inovasi mendorong negara ke hadapan.

Dalam Indeks Bloomberg, Jerman hampir berjaya menawan enam kali kejuaraan dari Korea Selatan dengan menambah nilai dari segi keupayaan pembuatan dan penyelidikan yang kebanyakannya dibina di sekitar industri gergasi seperti Volkswagen AG, Robert Bosch GmbH dan Daimler AG. Walaupun Korea Selatan telah memperluas kemenangannya dengan mendapatkan mata yang lebih rendah dalam aktiviti paten.

Manakala, Korea Selatan masih terus berada di tangga pertama adalah disebabkan rangsangan dari pelaburan baru dalam teknologi strategik dan program pengawalseliaan yang merancakkan lagi pertumbuhannya. Menurut Khoon Goh, ketua penyelidikan di Australia dan New Zealand Banking Group Ltd. di Singapura.

Dia turut menyatakan bahawa inovasi semakin penting untuk memacu prestasi ekonomi sesebuah negara, terutamanya dalam ekonomi negara-negara Asia yang semakin berpendapatan tinggi yang tidak lagi mempunyai dividen demografik dan nilai tambah yang tinggi dalam industri perkilangan yang sedang dipindahkan ke negara-negara yang berkos rendah di rantau ini.

Peningkatan Jerman dalam kedudukan Bloomberg juga dianggap sebagai kenaikan tentatif kerana pengeksport terbesar Eropah masih lagi bergelut dengan kekurangan pekerja mahir dan mengubah dasar imigresen, menurut Juergen Michels, ketua ekonomi dari Bayerische Landesbank. Tambahnya lagi, Jerman harus mengasah strateginya dalam sektor yang berteknologi tinggi, termasuk industri seperti diesel, komunikasi digital dan kecerdasan buatan.

Sebagai rakyat Malaysia kita harus berbangga dengan pencapaian ini kerana ianya merupakan satu bentuk semakan pencapaian negara di peringkat global.

Sumber : SiakapKeli