Pengguna Internet Malaysia Telah Memuat Turun Sebanyak 84 Juta Fail Siri TV Dan Filem Menurut Gobind Singh Deo

Di acara Kuala Lumpur Digital Content Anti Piracy Summit di Putrajaya, Menteri Komunikasi Dan Multimedia, Gobind Singh Deo telah mengumumkan bahawa rakyat Malaysia dikatakan telah memuat turun sebanyak 87 juta fail digital cetak rompak melalui BitTorrent, dimana kebanyakannya adalah fail episod siri televisyen ataupun filem.

Perkara tersebut yang dilaporkan oleh Bernama tidak menyatakan tempoh fail-fail tersebut dimuat turun, tetapi pada hemat kami ia adalah selamat untuk menyatakan ramai rakyat Malaysia memuat turun fail-fail tersebut sepanjang tahun 2017.

Gobind Singh Deo juga mengatakan bahawa kerajaan perlu bertindak secara proaktif untuk mengekang isu cetak rompak dan muat turun secara haram ini kerana ia merosakkan periuk nasi pelbagai pihak, termasuklah pembikin filem, pelakon dan sebagainya.

Jumlah muat turun fail cetak rompak ini agak mengejutkan, kerana perkhidmatan penstriman video sah seperti Netflix, iFlix, Viu dan sebagainya sudahpun ada di Malaysia, dan mereka menawarkan banyak siri televisyen dan filem.

Mungkin jika perkhidmatan-perkhidmatan tersebut tidak ada di sini, jumlah fail yang dimuat turun akan menjadi semakin tinggi lagi.

Sumber : Amanz