Gambar Sebenar Xiaomi Mi 9 Tertiris, Bersama-Sama Dengan Sampel Gambar

Sejak peranti Xiaomi mula diuji di DXOMark untuk kualiti kamera, mereka semakin aktif dalam pembikinan peranti pintar dengan kamera yang hebat. Redmi Note 7 adalah telefon pintar pertama dari Xiaomi dengan lensa 48-Megapixel. Kini, Xiaomi Mi 9 juga akan hadir dengan lensa 48-Megapixel juga.

Tertiris di Weibo baru-baru ini adalah tiga sampel gambar yang diambil dengan Xiaomi Mi 9. Gambar pertama yang memperlihatkan bunga-bunga berwarna merah jambu ini dilihat agak cantik. Jelas, dynamic range yang cukup serta menawan. Kemudian, gambar anjing dan ketam yang diambil ini dilihat mempunyai butiran yang cukup memuaskan dengan warna yang cantik.

Selain itu, gambar sebenar Xiaomi Mi 9 juga telah tertiris. Mi 9 dikatakan dihasilkan oleh pakar yang menghasilkan Mi 6, di mana rekaannya adalah menawan dengan melengkung pada kesemua sisi buat panel belakangnya. Gambar ini memperlihatkan warna biru yang seakan Mi 6 sebelum ini yang agak menawan. Rekaan hadapan pula dilihat seakan iPhone XR dengan bingkai keliling yang sama rata dengan takuk kecil.

Xiaomi Mi 9 mungkin akan dilancarkan di acara MWC 2019 bagi menandingi Samsung Galaxy S10. Sama-sama kita nantikan.

Sumber : Amanz