AMD Melancarkan Perisian Radeon Software Adrenalin 2019 19.2.2 Beta – Sokongan Untuk Radeon VII

AMD baru sahaja melancarkan kad grafik AMD Radeon VII pada minggu lalu, dan di dalam pandang pertama kami, salah satu daripada aduan kami mengenai kad grafik tersebut ialah perisian kemaskini yang menyebabkan pelbagai jenis isu apabila ia digunakan.

Hari ini, AMD telah mengumumkan dimana perisian Radeon Software Adrenalin 2019 19.2.2 Beta telah dilancarkan, dan ia hadir dengan beberapa kemaskini, termasuklah sokongan untuk kad grafik Radeon VII, kemaskini untuk beberapa kerentanan dari segi UI dan juga kemaskini grafik untuk beberapa permainan komputer yang baru/akan keluar, termasuklah Metro Exodus, FarCry New Dawn dan Crackdown 3.

Senarai kemaskini dan perisian kemaskini Radeon Software Adrenalin 2019 terbaru ini boleh dilihat dan dimuat di laman web AMD sekarang.

Layari laman web AMD

Sumber : Amanz