Bukan Takat Pantang ‘Bersama’, Ini Persediaan Isteri Lepas Bersalin Suami ‘Wajib’ Tahu

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Wanita lepas bersalin sememangnya memerlukan penjagaan rapi. Dalam aspek ini, suami seharusnya memainkan peranan untuk membantu proses kesembuhan isteri.

Bukan hanya pantang ketika bersama, terdapat beberapa persediaan yang suami perlu lakukan ketika baru menimang cahaya mata. Jangan ambil mudah, isteri sudah menggadaikan nyawa melahirkan zuriat anda, apa salahnya ambil tahu perkara ini bagi memudahkan urusan isteri.

Ikuti tips yang dikongsikan seperti di bawah oleh seorang jururawat Bel Nawhen yang aktif memberikan panduan kesihatan di laman sosial. Semoga bermanfaat buat para ibu bapa sekalian.

Suami, bila isteri sudah melahirkan, apa boleh buat untuk ringankan beban isteri?

1. Ambil tahu pasal episiotomy wound/Lscs wound isteri.

Gambar Hiasan – Google

Tolonglah cucikan luka mereka sikit. Dari situ awak akan tahu berharganya parut mereka demi melahirkan zuriat tercinta anda.

Pastikan isteri cuci luka betul-betul untuk elak jangkitan dari berlaku.

Belajar juga kenalpasti luka macam mana sudah di jangkiti kuman contoh isteri tiba-tiba demam, luka dia tak sembuh-sembuh, berbau tak menyenangkan, ada nanah segala. Bawa isteri jumpa doktor segera.

2. Ambil tahu tentang jenis darah nifas isteri.

Anda perlu tahu, ada beberapa jenis darah nifas isteri dan jika darah nifas isteri berbau kurang menyenangkan, darah yang keluar kelihatan segar, memenuhi lebih dari 1 pad sehari, bawa isteri ke hospital segera.

Gambar Hiasan – Google

Kalau para suami nak tahu, darah nifas (lokia) ada 3 jenis:

1. Rubra
Hari pertama sehingga hari 4. Berwarna merah terang.

2. Serosa 
Hari ke 5 sehingga 14. Berwarna merah gelap. Amaun semakin sedikit.

3. Alba 
Hari ke 15 keatas. Kadangkala keluar spotting. Amaun yang sedikit atau minimal.

Apa tugas suami?

1. Sediakan pemakanan seimbang yg tinggi dengan protein utk galakkan penyembuhan luka..tinggi vitamin c utk bantu tingkatkan imuniti badan isteri

Sentiasa ingatkan isteri untuk kerap tukar pad setiap 3 jam sekali walaupun pad tak penuh.

Sambil tu, bantu jaga bayi sebentar sementara isteri tengah menukar pad dan membersihkan diri. Ada sesetengah ibu ni jadi malas nak tukar pad pasal tidak ada sesiapa tengokkan bayi masa dia ke tandas.

Gambar Hiasan – Google

2. Ambil tahu tentang penyusuan susu ibu.

Bantu isteri dalam perlekapan yang baik supaya isteri tak sakit dan anak dapat susu yang berkualiti bukannya hisap angin sahaja.

Jika isteri ada simpan susu dalam fridge, tolonglah suamkan susu dan bagi pada anak dan kasi chance isteri berehat jap.

Kenalpasti keadaan isteri yang alami breast engorgement. Sakit woi. Jadi tolonglah demahkan sikit payudara yang membengkak tu.

3. Tempoh berpantang isteri.

Berpantang bukan takat pantang bersama, tapi proses isteri sembuh emosi dan fizikal. Jadi, suami kena tahu bila masa sesuai nak bagi isteri beristirehat dan suami tolong urus anak-anak.

Gambar Hiasan – Google

Pastikan makanan yang diambil oleh isteri adalah makanan berkhasiat bukannya disukat-sukat. Kalau disukat, isteri sembelit, isteri stress, rehat tak cukup, emosi tak stabil, luka lambat sembuh.

4. Temujanji.

Bila nurse datang rumah, bagi kerjasama. Bukan hunus parang bila ada nurses datang melawat rumah untuk lakukan pemeriksaan keatas isteri dan bayi.

Siapkan isteri dan anak-anak bila nurse nak melawat. Jadi isteri kurang segan sikit.

Jika perlu bawa isteri temujanji klinik, ambil tahu tarikhnya. Jika tak mahu teman dalam klinik, hantar depan pintu pun oklah.

5. Lain-lain

Hadkan orang yang boleh melawat dan peluk cium anak anda. Nanti yang selsema dan batuk tu tibai cium anak anda, anak pula berjangkit.

Jangan bagi orang melawat malam-malam buta. Bagi masa anak dan isteri berehat. Mereka bukan bahan pameran.

Siapkan mandian isteri setiap pagi jika tidak ada air pancuran.

Belajar juga cara tukar lampin anak anda. Bukan susah pun.

Gambar Hiasan – Google

Boleh belajar mandikan bayi. Kasihanlah isteri dengan luka pembedahan dan episiotomi perlu duduk mencangkung atau atas bangku tertunduk-tunduk mandikan bayi anda sambil tahan sakit.

Bila anda bantu isteri waktu begini, isteri kurang stress dan kurang beremosi. Kalau ibu pertama kali lagilah tak berapa pandai urus anak. Kerjasama suami dapat meringankan sedikit perasaan si isteri.

Notakaki:

Sayang isteri bukan sekadar cukup bermain kata-kata tapi juga meringankan tulang menguruskan rumahtangga.

Sumber : Bel Nawhen

Sumber : SiakapKeli