Mingguan Amanz – PayPal Malaysia Tutup, Internet Gigabit, Galaxy S10 Tertiris

Minggu ini menyaksikan pihak PayPal menutup operasi mereka di Malaysia – namun ia tidak memberikan sebarang kesan terhadap pengguna PayPal di Malaysia.

Minggu ini turut memperlihatkan sejumlah info berkenaan Galaxy S10 tertiris ke arena web, memperlihatkan ia menawarkan pelbagai spesifikasi terkini, termasuk sokongan rakaman 4K menggunakan kamera hadapan.

Selain itu, Vivo dilihat akan hadir dengan sub-jenama mereka tersendiri dinamakan iQoo. Vivo juga dilihat akan memperkenalkan Vivo V15 Pro untuk pasaran tempatan dalam masa terdekat ini.

Di arena tempatan, pihak kerajaan kini mengumumkan mereka akan hadir dengan penawaran internet gigabit di sejumlah lokasi berimpak tinggi bermula tahun hadapan. Dengan perkembangan arena digital, sambungan internet turut memainkan peranan penting dalam membawa ekonomi ke peringkat seterusnya.

Dan akhir sekali, Touch n Go kini telah mengumumkan penawaran “Pay Direct” di dua lagi lebuhraya baru iaitu di LKSA dan SMART.

Sumber : Amanz