Butang Fizikal Google Assistant Yang Didedikasikan Kini Menjadi Trend Baru Pada Peranti Android

Sejak minggu lepas, kita telah melihat beberapa telefon pintar baru hadir dengan sokongan butang Google Assistant yang didedikasikan, sekaligus memudahkan lagi para pengguna untuk mengakses pembantu maya digital daripada Google berkenaan.

Google Assistant

Buat masa ini, antara peranti yang telah sedia hadir dengan sokongan butang Google Assistant yang khusus adalah termasuk Xiaomi (Mi MIX 3 5G dan Mi 9), Nokia (Nokia 3.2 dan Nokia 4.2), Vivo melalui Vivo V15 Pro, dan beberapa yang lain.

Bercakap mengenainya, mereka mengatakan pada tahun ini lebih banyak peranti Android akan menyertakan butang fizikal khusus. Google turut mengatakan mereka menyasarkan sekitar 100 juta peranti dengan butang Google Assistant melalui kerjasama dengan pelbagai pengeluar seluruh dunia.

Sumber : Amanz