Teknologi Audio Ambisonic 8 Dimensi (8D)

Ya anda tak silap, 8D itu bermaksud 8 Dimension. Bukan sekadar One Direction 🤭

(Ketika
artikel ini ditulis, penulis sedang menikmati halwa telinga dari lagu Yes or
Yes oleh Twice dalam bentuk 8D)

Kalau anda seorang yang rajin mentatal video-video di Youtube, pastinya anda terperasan, ada satu dua cadangan (suggestion) dari pelayan (server) Youtube berkenaan lagu-lagu popular dalam bentuk 8D. Disertakan bersama, peringatan untuk memakai peranti dengar (earphone), agar audio itu benar-benar dinikmati deria pendengaran anda.

https://youtu.be/embuXYLVyio – Hymn for The Weekend oleh Coldplay

8D di sini bermaksud, audio yang diperdengarkan kepada liang
telinga anda datang dari pelbagai arah, hasil dari teknologi terkini yang
menuai melodi dan muzik dari lagu dan seterusnya mengolah arah dan tujuan lagu
tersebut diperdengarkan, dan hasilnya terciptalah 8D audio (atau juga dikenali
sebagai ambisonic).

Jika anda mahu menikmati lagu yang telah dimodifikasi ke bentuk 8D, anda perlu memakai peranti dengar (earphone) di kedua-dua telinga anda dan
boom!

Bolehlah dikatakan bahawa ia seakan-akan anda berada di dalam konsert, filharmonik ataupun nyanyian langsung dari penyanyi kesukaan anda berada di hadapan mata. Bunyian datang dari pelbagai arah, seakan berpusing-pusing di sekeliling anda, seterusnya menyampaikan halwa telinga pada tahap kepuasan maksimum.

https://www.youtube.com/watch?v=6-CPbCh3JlY – All Falls Down oleh Alan Walker

Tidaklah diketahui siapakah orang pertama yang memuat naik
audio 8D ini ke internet, tetapi merujuk kepada Eddie Kim, penulis bagi
jejaring MelMagazine (Kim, 2018), antara lagu yang
paling awal diolah menjadi audio 8D adalah Faded oleh Alan Walker. Selepas itu,
banyak lagu lain telah diolah dan anda boleh lihat hasilnya sendiri di aplikasi
Youtube di peranti masing-masing.

Pengolah audio 8D ini sebenarnya mencuba untuk ‘menggerakkan’ audio ke sekeliling anda, dengan keupayan rakaman stereo dari pelbagai arah serta modifikasi menggunakan aplikasi dan perisian (software) yang ada, seterusnya mengambil kira keupayaan deria pendengaran manusia dan hasilnya terciptalah audio 8D seperti yang ada.

Dari kemahiran amatur, muzik yang terhasil amatlah mengasyikkan. Tidak terjumpa lagi komen-komen negatif berkenaan audio 8D tertulis di ruangan komen, adapun kebanyakan komen ialah perasaan teruja dan permintaan banyak lagu lain kepada sang pemuatnaik.

https://www.youtube.com/watch?v=8aTEOE-w-hg Again (FMA OP1)

Begitupun proses modifikasi ini bukanlah semudah menekan
butang-butang semata. Pemilik akaun Aviion Music (https://www.youtube.com/channel/UCQ6_NxBsYjMRs_ENuOVkpTg) mengatakan audio 8D yang
sempurna bukanlah sekadar mendengar lagu tersebut dimainkan dari hadapan dan
belakang sahaja, tetapi muzik termain di sekeliling anda, seperti mengikut ke
mana sahaja otak anda ingin memainkan lagu tersebut, kiri kanan mahupun dari
arah atas kepala.

Asasnya, teknologi audio 8D ini tidak lain adalah percubaan
untuk menambah baik teknologi rakaman binaural, yang bermaksud meletakkan  bunyi dan suara dalam ruang relatif kepala
manusia. Rakaman binaural tercipta dari rakaman dua mikrofon yang diletakkan
pada orientasi yang sama dengan telinga anda, di mana fasa atau delay ketika bunyi tersebtu dimainkan
semula mencipta ilusi audio berarah (directional
audio
), seterusnya memberi gambaran kepada pendengar seakan berada di dalam
bilik atau konsert. Rakaman binaural ini paling jelas dirakam pada pautan
berikut:

https://youtu.be/IUDTlvagjJA – Virtual Barber Shop.

Kini anda tidak lagi perlu menghadiri konsert artis kesayangan anda, dengan tiket beratus ringgit, hanya untuk menikmati muzik terbaik untuk telinga anda. Cukuplah sekadar layaran internet yang laju, dan sepasang peranti dengar di telinga.

Nikmatilah!

Rujukan:

1.     
Eddie Kim (2018). Why Are So Many Dudes Losing Their Shit Over 8d Audio?: https://melmagazine.com/en-us/story/why-are-so-many-dudes-losing-their-shit-over-8d-audio

The post Teknologi Audio Ambisonic 8 Dimensi (8D) appeared first on The Patriots.

Sumber : ThePatriots