Huawei Nova 4e Yang Turut Dikenali Dengan Nama Huawei P30 Lite Bakal Hadir Ke Malaysia Tidak Lama Lagi

Semalam, kami telah berkongsi mengatakan Huawei P30 Lite telah melepasi pengesahan Sirim di Malaysia. Menariknya, kini selari dengannya, salah satu penjual terkemuka tempatan, DirectD turut menerbitkan gambar acah mengatakan Huawei Nova 4e akan ke pasaran tempatan tidak lama lagi.

Sekiranya benar, maka kita akan melihat Huawei P30 Lite dipasarkan di Malaysia dibawah nama Huawei Nova 4e – lebih kurang sama seperti tahun lepas dimana Huawei Nova 3e dipasarkan sebagai alternati Huawei P20 Lite.

Selari dengannya juga, video acah baru hadir ke pasaran tempatan, memperlihatkan ia akan menawarkan sokongan kamera swafoto 32-megapixel. Mengikut spesifikasi yang tertiris ke arena web juga, Huawei Nova 4e dilihat akan menawarkan cip pemprosesan Kirin 710 dan dilengkapi bateri 3240mAh, selain tri-kamera pada bahagian belakang.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah Huawei Nova 4e akan dilancarkan untuk pasaran tempatan secara rasminya. Mungkin kita akan mendengar lanjut mengenai telefon pintar ini dalam masa minggu-minggu akan datang.

Sumber : Amanz