Apple Merancang Mengurangkan Harga Jualan MacBook Air

Apple MacBook Air baharu dilancarkan pada bulan Oktober tahun lalu. Di Malaysia harga jualannya mencecah RM 11,229, ramai pengguna merasakan adalah lebih berbaloi membeli sebuah MacBook Pro yang dilengkapi pemproses lebih pantas dan dijual pada harga RM 6,790. Apple menyedari dilema yang dihadapi oleh pengguna ini dan mempunyai perancangan mengurangkan harga jualan Macbook Air baharu.

Ini didedahkan sendiri oleh CEO mereka Tim Cook di dalam sesi pertemuan bersama pelabur baru-baru ini. Beliau turut berkata masa depan syarikat adalah cerah dan produk baharu yang sedang dibangunkan akan membuatkan pengguna kagum.

Harga jualan MacBook Air yang mahal adalah antara rungutan utama pasca pelancarannya kerana komputer riba ini sepatutnya mengisi segmen mampu milik. MacBook Air yang lebih murah sebelum ini menjadi pilihan pelajar sebagai Mac pertama mereka. Pengurangan harga ini pasti dinantikan. Sebelum ini Cook juga dipetik berkata akan mengurangkan harga iPhone bagi menjana jualan. Sehingga kini hanya sesetengah negara sahaja menawarkan iPhone baharu pada harga yang lebih kompetitif.

Sumber : Amanz