Skrin Samsung Galaxy S10 Kini Ditabalkan Skrin Terbaik Pada Telefon Pintar Oleh DisplayMate

Setiap kali peranti mercu dilancarkan, takhta peranti terbaik akan berpindah tangan. Ini ialah lumrah kerana peranti terbaru akan dilengkapi komponen yang ditambah baik. Terkini Samsung Galaxy S10 telah dinobatkan sebagai peranti dengan skrin terbaik oleh DisplayMate menggantikan tempat Pixel 3 XL.

DisplayMate memberikan markah A+ kepada skrin Adaptive AMOLED yang digunakan pada Galaxy 10. Dalam ujian mereka skrin mencapai tahap keterangan 1215 nits yang bersamaan dengan 17% lebih terang berbanding S9 sebelum ini. Pujian turut diberikan kepada sudut tontonan lebih baik, paparan HDR10+ yang lebih terang dan penggunaan kuasa yang lebih efisien.

Sumber : Amanz