Windows Lite Sedang Dibangunkan Untuk Peranti Dwi-Skrin

Pada Disember tahun lalu, kami melaporkan kewujudan sistem operasi Windows Lite yang dilihat sebagai jawapan Microsoft kepada Chrome OS. Sistem operasi yang lebih ringan ini akan memberikan fungsi asas Windows 10 kepada pengguna. Menurut laporan The Verge, Windows Lite kini dibangunkan untuk peranti dwi-skrin dan seakan Chromebook.

Peranti ini dipercayai akan dilancarkan seawal penghujung 2019. Peranti Windows dengan dwi-skrin bukanlah idea baharu. Sebelum ini pada tahun 2008 Microsoft pernah menghasilkan peranti konsep Courier yang mempunyai dwi-skrin dan kelihatan seperti sebuah buku nota. Projek ini dihentikan pada tahun 2010.

Dengan peranti skrin boleh lipat Android mula dijual tahun ini, mungkin konsep Courier akan dihidupkan semula keran teknologi sedia ada sudah cukup matang untuk menjadikannya realiti.

Sumber : Amanz