Wujudkah Diskriminasi Dalam Pencarian Kerja?

Misi mencari kerja adalah satu perkara yang amat
mencabar dalam dunia yang penuh persaingan hari ini. Angkanya lebih membimbang
dalam kalangan mahasiswa, kadar penggangguran belia mencecah sehingga 13% berbanding
purata kadar penggangguran Malaysia 3%.

Dalam pada itu, terdapat juga tuduhan bawaha wujudnya
isu pengambilan pekerja mengikut warna kulit. Tetapi tanpa angka dan statistik
ianya kekal sebagai tuduhan. Bagi menjawab persoalan ini, Cent-GPS telah
melakukan satu kaji selidik bertajuk Racism in recruitment: A study on racial
bias for entry level jobs in Malaysia.

Sejumlah 3,829 permohonon kerja dihantar kepada lebih
500 tawaran pekerjaan di mana 10% daripada tawaran pekerjaan ini memerlukan
penguasaan Bahasa Mandarin. Resume yang dihantar adalah berdasarkan 7 profil di
bawah:

  1. NurSakinah, wanita
    berbangsa Melayu
  2. Zulaikha, wanita
    berbangsa Melayu
  3. Kavita, wanita
    berbangsa India
  4. Nicola, wanita
    berbangsa Cina
  5. Thivakar, lelaki
    berbangsa India
  6. Gabriel Liew, lelaki
    berbangsa Cina
  7. Saddiq, lelaki
    berbangsa Melayu

Dalam resume 7 profil kesemuanya memiliki kelayakan
yang sama di mana kesemua mereka adalah graduan Degree Perniagaan dengan
kelulusan Kelas Kepujian Kedua daripada IPTS yang sama. Selain itu kesemua
mereka mampu berkomunikasi dalam bahasa Mandarin dan tinggal di Lembah Klang.

Mari kita lihat apakah keputusannya?

Keputusannya amat mengejutkan. Graduan Cina mendapat
kadar panggilan semula yang lebih tinggi berbanding Melayu dan India. Daripada
547 permohonan, Nicola (wanita Cina) mendapat 240 panggilan, Zulaikha (wanita
Melayu) mendapat 70 panggilan, Nur Sakinah (wanita Melayu bertudung) mendapat
50 panggilan dan Kavita (wanita India) hanya mendapat 49 panggilan.

Dalam bahasa mudahnya, Nicola perlu menghantar
2 permohonan kerja untuk mendapat 1 panggilan, Sakinah perlu perlu menghantar
13 permohonan kerja untuk mendapat 1 panggilan dan lebih mengejutkan Thivakar
perlu menghantar 27 permohonan untuk mendapat 1 panggilan.

Rajah dibawah menunjukkan calon yang menerima
diskriminasi tertinggi dalam pekerjaan.

Seterusnya kita lihat pula, adakah dengan
menguasai bahasa Mandarin anda lebih mudah diterima bekerja atau ianya hanyalah
menjadi “alasan” sahaja bagi pihak majikan.

Sepertimana yang telah disebutkan di atas
tadi, kesemua 7 calon meletakkan kemahiran berkomunikasi dalam Bahasa Mandarin
dalam resume mereka, namun dalam rajah dibawah kita dapat lihat kadar panggilan
bagi Nicola dan Gabriel jauh lebih tinggi daripada calon-calon yang lain.

Diskriminasi terhadap wanita bertudung?

Hasil dapatan kajian ini juga mendapati
terdapat diskriminasi bagi calon wanita yang bertudung dimana calon bertudung
mendapat kadar panggilan yang lebih rendah berbanding calon tidak bertudung.

Kesimpulannya berdasarkan kajian Cent-GPS,
tidak dapat dinafikan memang wujud diskriminasi dalam sektor pekerjaan hari
ini. Selain daripada diskriminasi dalam memilih pekerja, terdapat juga
desas-desus yang mengatakan wujudnya perbezaan gaji mengikut warna kulit yang
mana ianya adalah satu budaya yang tidak sihat.

The post Wujudkah Diskriminasi Dalam Pencarian Kerja? appeared first on The Patriots.

Sumber : ThePatriots