Ketahui Apa Itu AHA, BHA Dan PHA, Jangan Main Pakai Je Semua Jenis Produk Pengelupasan Kulit

Lately memang ramai excited nak try step penjagaan kulit wajah sebab selalu sangat terbaca kat wall Facebook atau Instagaram kan.

Then, masa anda scroll tu ternampak pulak ada that woman yang cakap dia guna produk yang ada AHA, BHA & PHA. 

Eh apa pulak benda tu?

Tapi bila tengok je muka dia flawless dan gebu gebas, automatik anda terus decide nak pakai jugak!

Okay, biasanya AHA, BHA or PHA adalah kandungan dalam produk exfoliator. Selalu anda dengar, kalau nak kulit bersih kena exfoliate dulu kulit tu.

Pernah tak anda pakai satu produk tapi ia tak beri kesan pun pada kulit anda? Haa, tu salah satu sebab kenapa perlu exfoliate kulit muka anda.

Exfoliate pulak basically is a step untuk buang sel kulit mati kat kulit muka kita. So bila muka dah bersih, barulah produk akan menyerap masuk dan memberi kesan pada kulit.

Tapi takkan nak terus je beli kan? Mesti kena tau dulu which one yang sesuai dengan kulit anda.

#1 Alpha Hydroxy Acid (AHA)

AHA ni sesuai untuk kulit yang ada problem jeragat, whitehead, kulit kasar, scars & pores yang besar. Plus, AHA dapat kurangkan garisan halus serta kedutan kat muka anda. Kami suggest untuk anda yang berkulit normal to dry tu  untuk pakai AHA.

#2 Beta Hydroxy Acid (BHA)

For oily skin pulak, anda lebih sesuai pakai exfoliator yang ada BHA ni. BHA ni baik untuk kulit berjerawat, blackead, cela, keradangan pada kulit dan pori tersumbat. Ia jugak boleh memperbaiki tekstur kulit kita. 

Gambar Hiasan

#3 Polyhydroxy Acid (PHA)

PHA ni kandungan dia ringan sikit berbanding AHA or BHA so memang sesuai untuk kulit kering dan sensitive. PHA boleh buat kulit anda lebih halus dan sekata. Paling best, PHA ni mengandungi pelembap, anti-oksidan dan anti-radang. 

Sumber : Elle.com

Sumber : SiakapKeli