“Gaji Ayah RM500 Time Tu, Takda Sekolah Pun Nak Ambik Saya,” Jutawan Kosmetik Alha Alfa Kongsi Kisah Inspirasi Buat Netizen Kagum

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Bidang kecantikan sering dikaitkan dengan perempuan tapi jangan terkejut jika peratusan menunjukkan bahawa orang lelaki yang bakal mendominasi kelak.

Hal ini oleh demikian kerana sudah ramai lelaki yang mula menceburkan diri dalam bidang ini. Mungkin dahulu perkara ini tidak diuar-uarkan peada umum, namun jelas dapat dilihat sekarang bahawa sektor kecantikan bukan hanya untuk golongan wanita sahaja.

Di spa, salon, pusat kecantikan mahupun di butik, kebanyakan pekerjanya terdiri daripada golongan lelaki yang minat dalam bidang ini.

Perkara ini termasuk ketika sesi andaman, jika dulu kita hanya gunakan terma ‘mak andam, sekarang perkataan ‘pak andam’ juga telah sinonim dengan masyarakat kita.

Dato Alha Alfa nama seorang usahawan dan jutawan kosmetik berjaya yang dahulunya merupakan seorang jurusolek telah menceritakan pahit manis permulaannya sebelum beliau menjadi seorang ‘pak andam’.

Semua Kejayaan Pasti Ada Permulaan, Jadi Mulalah Sekarang!

Semua kejayaan ada permulaannya, kalau mahu berjaya kenalah cari jalan kan? Tiada yang mustahil dalam hidup ini asalkan kita mahu dan usaha untuk dapatkannya.

Oleh itu, beliau telah berkongsi kisah hidupnya sebelum bergelar seorang jurusolek dan usahawan kosmetik. Status tersebut telah mendapat lebih dari 2.8 ribu likes dan pelbagai reaksi dari pengguna laman sosial Facebook.

Gambar : Dato Alha Alfa

Dibesarkan di Rumah Pangsa, Ayah Seorang Tukang Kebun, Ibu Mengasuh

Satu masa dulu, saya mmg membesar di rumah pangsa. Ayah tukang kebun, ibu mengasuh. Saya duduk di bangi, di kelilingi kwn2 yg kaya raya. Saya bersekolah di sekolah yg boleh dikatakn ramai anak2 “elite”

Saya ingat satu peristiwa ketika berdaftar di sekolah tersebut. Disebabkan gaji ayah RM500 time tu, takda sekolah pun nak amik saya.

Kebetulan satu sekolah ni, guru besar tu berhati mulia. Katanya nasib saya baik sebab ada sorg pelajar tukar sekolah dan die gantikan saya ke tempat budak tu.

Hidup Dikelilingi Golongan Elite, Susah Nak Suaikan Diri

Bayangkan persekitaran saya kebanyakannya anak2 org kaya pergi sekolah naik keta2 mewah,driver hantar. Kawan-kawan karib saya semua ckp matsaleh ngn parents.

Susahnya nak sesuaikan diri. Diorg outing sna sini sy duk umah. Diorg pakai hp. Saya publik phone (lagi besar kan).

Terbuka Mata, Tak Boleh Terus Hidup Macam Ni

Mungkin dari situ saya terbuka mata  tak boleh teruskn kehidupan macamni. Susah sebenarnya hidup macam tu. Kalau ada barang hilang, mesti kite kene tuduh. Kalau bergaduh, mesti kite yg jahat.

Tapi takpe ALLAH selalu ada. Target saya tak besar, saya target nak bg ibu ayah happy diorang nak ape boleh beli pun cukup dah.

Gambar : Dato Alha Alfa

Kalau korang tengok gamba atas tu. Ada keta merah kan? punyalah ayah jaga keta tu. Rasanya berapa kali dah kami tolak keta tu stuck tengah jalan. Ada 1x. Naik bukit melongsor kembali. And ada 1x asap ezos masuk berkepuk dlm keta. 

Macam-macam kenangan.

Semua Ni Menaikkan Semangat Untuk Ubah Kehidupan

Semua ni sgt mengajar saya kene ubah hidup family kite. Kalau org tanya nape kawen lambat, saya nak bagi family senang dulu ,baru sy nak senagkan diri sendiri.

Sebab dari takde ape diorg ni yg byk bantu saya. Ibu penah ngadu, ada org cakap kat die “tak malu ke anak jd pak andam?”

Saya ckp nak malu ape? lg malu kalau takde keje susahkan ibu. Ape pun “starting” pekerjaan kite, buat sampai dapat hasil.

Doa Ibu Dan Bapa Tu Magic!

Kalau tak berjaya, try lagi benda lain jgn smpi putus asa. Doa ibu ayah tu sebenarnya magic! Benda susah jd senang. Benda takde jadi ade.

Ape pun byk pengalaman kehidupan dlu2 yg sy rasa sy masih sama. tengok cara posing n “side” bila amik gamba tu.

So good luck adik2. Masa abg amik gamba kat atas tu, abg tingkatan 2 tak silap. Cita2 nak jadi landscaper sbb ayah tukang kebun, so nak amik alih jawatan ayah versi versetail skit.

Now jadi lain.

“So tipsnya mudah, tak ada, buat cara tak ada, jangan push mak ayah sebab nak nampak sama macam depa. Jadi diri sendri.”

happy birthday ibu.

Sumber : Alha Alfa

Sumber : SiakapKeli