ASUS Malaysia Membawa Masuk Siri Kad Grafik NVIDIA GeForce GTX 1660 – Bermula Dari RM1069

Bersempena dengan pelancaran kad grafik mampu-milik NVIDIA GeForce GTX 1660, pihak ASUS Malaysia telah mengumumkan bahawa mereka akan membawa masuk beberapa model kad grafik tersebut ke pasaran Malaysia.

Model-model tersebut termasuklah ASUS TUF Gaming GeForce GTX 1660/GTX 1660 Ti dan juga ASUS Phoenix GeForce GTX 1660/GTX 1660 Ti yang hadir dengan rekaan dan juga sistem penyejukan yang berbeza.

Siri ASUS TUF Gaming GTX 1660 misalnya dilengkapi dengan dua kipas penyejuk dan diuji ketahanannya selama 144 jam secara berterusan, selari dengan jenama The Ultimate Force yang dikenali untuk komponen-komponen yang tahan lama.

ASUS Phoenix GeForce GTX 1660 pula dilengkapi dengan satu kipas besar bersaiz 100mm dan hadir dengan rekaan padat yang cukup sesuai untuk mereka yang ingin membina komputer bersaiz kecil.

Kesemua model-model kad grafik NVIDIA GeForce GTX 1660 ini sudahpun tiba di pasaran Malaysia, dan boleh dibeli pada harga-harga berikut:

  • ASUS Phoenix GeForce GTX 1660 6G – RM1069
  • ASUS Phoenix GeForce GTX 1660 6G (Overclock) – RM1089
  • ASUS Phoenix GeForce GTX 1660 Ti 6G – RM1319
  • ASUS TUF GeForce GTX 1660 6G – RM1219
  • ASUS TUF GeForce GTX 1660 Ti 6G – RM1319

Sumber : Amanz