Bixby Kini Boleh Mengecam Muzik Yang Dimainkan Di Latar

Bixby adalah pembantu maya yang terbina dalam peranti-peranti Samsung yang terkini. Ia boleh diakses melalui butang fizikal khas pada peranti Galaxy S8/S9/Note 9 dan S10. Bixby adalah satu pembantu maya yang masih baru, data yang dikumpul tidak sehebat Google yang mempunyai Google Assistant yang sangat lancar.

Ini tidak menghalang Samsung untuk terus bangunkan Bixby. Terkini, Bixby sudah boleh mengecam muzik yang dimainkan di latar. I berfungsi seakan Shazam atau dalam Google Assistant (Sound Search). Akan tetapi, Bixby mengambil masa yang agak lama untuk mengecam sesuatu muzik. Melalui arahan suara ‘Hi Bixby, what song is playing?’ ia mengambil masa sekitar 3-5 saat untuk mula berfungsi.

Kemudian, Bixby akan mengambil masa sekitar 5-10 saat untuk mengecam muzik yang dimainkan. Tiada masalah untuk mengecam muzik tempatan dan atas percubaan, muzik-muzik yang dikecam setakat ini tepat. Sayang sekali, tiada aksi yang boleh dilakukan selepas sesuatu sesuatu muzik dikecam. Jika pada Google Assistant, ia boleh terus membawa pengguna ke Spotify, YouTube, carian Google atau beli di Google Play Music. Bixby hanya paparkan tajuk muzik, nama penyanyi dan gambar album sahaja.

Fungsi ini hadir melalui kemaskini dari bahagian pelayan. Pada Galaxy S10, ia tiada masalah untuk berfungsi. Apakah pendapat anda tentang fungsi ini?

Sumber : Amanz