Insiden Tembakan Di Masjid Christchurch : Kenyataan Rasmi Senator dari Queensland Undang Kritikan Netizen

Senator Queensland Fraser Anning telah dikritik hebat akibat tindakanya yang mengeluarkan kenyataan ‘kurang sensitif’ berkenaan insiden tembakan rawak di masjid Christchurch.

Kejadian yang telah mengorbankan 40 nyawa dan mencederakan lebih dari 20 orang itu nyata menjadi peristiwa sadis di petang jumaat.

Kenyataan yang Dikeluarkan Oleh Senator Berkenaan (Gambar : Supplied)

Menurut kenyataan Senator itu,

“Saya benar-benar menentang sebarang bentuk keganasan dalam masyarakat kita, dan saya juga mengutuk sepenuhnya tindakan lelaki bersenjata itu”

“Bagaimanapun, tindakan ganas ini sememangnya tidak dapat diterima, namun apa yang pasti, ia akan menimbulkan ketakutan dalam komuniti kita sama ada di Australia, New Zealand mahupun Malaysia”

“Seperti biasa, ahli politik berhaluan kiri dan media sentiasa tergesa-gesa untuk meneka dan mencari tahu punca kejadian dan semuanya ternyata tidak logik”

“Punca sebenar tragedi berdarah itu adalah disebabkan pihak imigran yang datang ke New Zealand”

“Supaya lebih jelas, mungkin mereka yang menjadi mangsa pada hari ini, namun selalunya merekalah pelakunya. Di seluruh dunia, mereka membunuh orang lain secara besar-besaran dengan nama kepercayaan mereka”

Ternyata kenyataan senator itu telah tular di seluruh media sosial luar negara terutamanya di Twitter dan menjadi bualan pengguna laman terbabit.

Sumber : News Com Australia

Sumber : SiakapKeli