Huawei MateBook 13 Bakal Hadir Ke Pasaran Malaysia Pada April 2019

Huawei Malaysia hari ini mengumumkan yang mana mereka akan menawarkan komputer riba terbaru mereka, MateBook 13 untuk pasaran Malaysia sekitar bulan April 2019 ini. Walaubagaimanapun, harga jualannya masih belum diumumkan lagi.

Huawei MateBook 13 hadir dengan skrin 13-inci IPS LCD dengan resolusi 2160×1440 pixel, cip Intel Core i7-8565U, memori 8GB RAM, dan storan sehingga 512GB.

Menariknya pada komputer riba ini, selain daripada rekaan menawan, Huawei MateBook 13 turut menyertakan sokongan Huawei Share 3.0 untuk perkongsian pantas antara peranti, selain sokongan audio Dolby Atmos.

Kita mungkin mendengar lanjut mengenai tarikh penawaran dan harga jualannya di Malaysia tidak lama lagi.

Sumber : Amanz