Legenda Muzik Noh Saleh

Figura bernama Noh Salleh sememangnya bukan sekadar
nama. Jika disapa diluar, begitu peramah orangnya serta kelakar. Mudah didekati
dan tidak sombong orangnya.

Tidak kisah dipanggil sebagai Noh Salleh atau Noh
Hujan, menurut temubualnya bersama Sepahtu Sinar 19 Sep 2017 :

“Terserah. Nak panggil Zul ke, randomlah. Junaidi
ke…” kata beliau dalam nada bergurau.

Bermula dengan MIX, kemudian band Hujan sehingga ke
projek solonya, beliau berkarya dengan bebas serta mempunyai legasinya yang
sendiri. Boleh dikatakan beliau adalah The Living Legend. Dengan tagline ‘luar
biasa’ pastinya membuatkan anda seronok ketika mendengar konsert beliau bersama
Hujan. Signature Hujan adalah nyanyian ‘malas’ Noh. Tetapi sedap didengar.

Peminat Hujan sudah tentulah digelar sebagai
Raingers. Pernah satu ketika peminat Bunkface bergaduh dengan Raingers hanya
kerana berbeza pandangan tentang muzik.

Setiap lagunya mempunyai chord jazz yang sukar
dikuasai sebarangan orang. Waktu awal kemunculannya dengan stail rambut
cendawan, kebanyakan lagunya berlegar di ruangan maya Myspace. Sehinggalah
beliau berjumpa dengan AG Coco, dan hasilnya seperti sekarang.

Pelajar yang belajar jurusan muzik pastinya
berbangga membuat persembahan dinner night dengan menggunakan chord jazz.

Pada mulanya lagu-lagu Hujan tidak diterima oleh
netizen mahupun stesen radio, lama-kelamaan ia menjadi ikutan pendengar. Juga,
mereka pernah dicaci maki kerana pembawakan muzik mereka. Sehinggalah Bila Aku
Sudah Tiada dan Pagi Yang Gelap mencetuskan fenemona sekitar tahun 2008. Hujan bergerak
secara independent (indie) dalam penghasilan muzik tanpa mengharapkan label.

Genre muzik Hujan adalah alternatif pop rock.
Kecuali album Sang Enemy (2012), eksperimental dari Hujan iaitu genre hardcore.
Meskipun jarang muncul di kaca TV, tetapi namanya disebut-sebut dalam kalangan
penggemar muzik indie. Setiap kali gig, pastinya Hujan akan membuat penampilan.

Projek solo Noh Salleh mendapat tempat di hati
rakyat Indonesia. Lagu Angin Kencang antara yang popular di sana. Anehnya,
mereka tidak menyangka bahawa Noh mampu membawa genre alternatif pop rock
bersama Hujan. Lihat saja Soundrenaline 2018 di Bali, ternyata pujian demi
pujian rakyat Indonesia diberikan kepada Noh.

Penulis juga sebenarnya terkesan dengan lagu Angin
Kencang, Renjana, Bunga Di Telinga. Kesemua lagu ini mempunyai konsep yang
berlainan dari Hujan. Noh Salleh tentunya menjadi sebutan ramai suatu masa
nanti.

The post Legenda Muzik Noh Saleh appeared first on The Patriots.

Sumber : ThePatriots