Xiaomi Ingin Menjadi Penetap Trend Yang Menawarkan Jaminann18 Bulan Untuk Telefon Pintar

Sewaktu Xiaomi melancarkan sub-jenama Redmi, mereka bukan sahaja melancarkan Redmi Note 7. Tetapi, mereka turut memulakan pemberian waranti dan jaminan 18 bulan pada siri Redmi ini. Kebiasaannya, waranti sesebuah peranti adalah 12 bulan atau satu tahun. Dengan penawaran Xiaomi seperti ini, ia pasti akan menggembirakan hati pengguna mereka.

Di Malaysia, Redmi Note 7 turut akan ditawarkan dengan jaminan 18 bulan. Terkini, dalam satu acara khas di China – CEO Xiaomi Lei Jun, menyatakan yang mereka ingin menjadi penetap trend menawarkan waranti 18 bulan pada peranti-peranti mereka. Ini bermakna, kelak waranti 18 bulan ini tidak terhad kepada siri Redmi sahaja. Peranti Xiaomi lain turut akan menerima sokongan waranti melebihan 1 tahun.

Bersama-sama dengan itu, Lei Jun turut menyatakan mereka ingin memfokuskan kepada 5G, kecerdasan buatan dan juga peranti berhubung secara lebih mendalam. Menurut belian, tiga perkara ini adalah masa hadapan untuk adi-internet (super Internet). Ia turut akan menjadi strategi baru Xiaomi dalam arena kecerdasan buatan sentiada berhubung (AiOT).

Sumber : Amanz