”Kebencian Di Sosial Media Lebih Banyak Dari Kebaikan,” Tony Fernandes Umum Tutup Akaun Facebook 670 Ribu Pengikut

Hampir semua rakyat Malaysia mengenali Tan Sri Tony Fernandes, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia yang juga peneraju syarikat penerbangan komersial tambang murah yang paling berjaya di asia.

Mempunyai bilangan pengikut lebih dari setengah juta di laman sosial facebook, figura yang banyak memberi inspirasi serta menjadi idola dalam bidang perniagaan ini tidak dapat disangkalkan lagi pengaruhnya.

Namun, semalam menerusi satu status yang di muat naik di laman twitter rasminya, Tony Fernandes mengumumkan telah menutup akaun facebooknya yang mempunyai bilangan 670 ribu pengikut.

Jelas beliau, tindakannya itu diambil kerana melihat kepada nilai kebencian di dalam media sosial kadang kala melebihi kepada nilai kebaikan yang dibawa.

Rata-rata netizen turut meninggalkan pelbagai reaksi di atas tindakan yang diambil oleh Tony. Jelas mereka, dengan menutup akaun media sosial tidak dapat menghentikan kebencian oleh mereka yang membenci. Apa pula pendapat anda?

Sumber : Twitter Tony Fernandes

Sumber : SiakapKeli