KKM Rampas Produk Kesihatan Campurpalsu Bernilai RM 1.7 Juta

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melalui Bahagian Penguatkuasaan Farmasi telah berjaya merampas produk kesihatan dicampurpalsu yang disyaki tidak berdaftar serta bahan mentah mengandungi racun bernilai RM1.7 juta.Rampasan tersebut diperolehi hasil daripada satu operasi bersepadu pada 5 Mac 2019 yang melibatkan 78 orang anggota Penguatkuasa Farmasi. Serbuan tersebut dilakukan ke atas 16 buah premis di Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur ekoran daripada laporan dan maklumat yang dterima daripada orang awam.

Hasil pemeriksaan yang dijalankan telah menemui produk-produk berikut yang disyaki telah dicemarpalsu:

Screen Shot 2019-03-12 at 1.31.44 PM

Selain itu, bahan mentah yang disyaki mengandungi Sibutramine (Agen Pelangsing) dan Tadalafil (bahan peransang seks) turut dirampas. Kesemua produk dan bahan mentah telah dirampas untuk siasatan lanjut di bawah Akta Racun 1952 dan Akta Jualan Dadah 1952.

Bagi produk kesihatan yang tidak berdaftar, kes akan disiasat di bawah Akta Jualan Dadah 1952 yang jika sabit kesalahan akan dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM 25,000 atau penjara tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya sekali untuk kesalahan pertama bagi individu dan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya sekali untuk kesalahan berikutnya. Bagi syarikat yang melakukan kesalahan boleh dikenakan denda sehingga RM50,000 untuk kesalahan pertama dan denda sehingga RM100,000 untuk kesalahan berikutnya.

Manakala bagi produk kesihatan yang dicampurpalsu dengan racun berjadual, kes akan disiasat di bawah Akta Racun 1952 dan jika sabit kesalahan, individu/ syarikat boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM 3,000 atau penjara tidak melebihi 1 tahun atau kedua-duanya

KKM ingin memberi amaran kepada sesiapa yang mempunyai stok produk ini untuk menghentikan penjualan, pengedaran atau penggunaannya dengan SERTA MERTA kerana produk tersebut boleh menyebabkan kemudaratan terhadap kesihatan dan boleh meningkatkan kesan sampingan kardiovaskular seperti serangan jantung dan strok.

Orang awam dinasihatkan supaya tidak menggunakan produk campurpalsu dan produk – produk yang tidak berdaftar dengan KKM. Orang awam juga boleh menyemak status pendaftaran sesuatu produk melalui laman sesawang http://npra.moh.gov.my/ ATAU dengan menghubungi Bahagian Regulatori Farmasi Negara di talian 03-78835400.

Selain itu, orang ramai juga digalakkan untuk mengemukakan laporan dan menyalurkan maklumat berkenaan produk yang meragukan sebagai usaha bersama pihak kementerian untuk membanteras penjualan produk kesihatan yang tidak dibenarkan bagi melindungi kesihatan dan kesejahteraan orang awam. Laporan dan maklumat tersebut boleh disalurkan kepada Bahagian Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia melalui laman sesawang https://www.pharmacy.gov.myATAUmelalui portal Sistem Pengurusan Aduan Agensi Awam (SisPAA) di alamat https://moh.spab.gov.my. ATAU mana-mana Cawangan Penguatkuasa Farmasi yang berdekatan ATAU melalui talian 03-78413200 agar tindakan sewajarnya dapat diambil bagi membanteras penjualan produk ini di pasaran.

Sekian, terima kasih.

DATUK DR NOOR HISHAM ABDULLAH
KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

12 MAC 2019

Screen Shot 2019-03-12 at 1.32.03 PM

Screen Shot 2019-03-12 at 1.32.19 PM

Screen Shot 2019-03-12 at 1.32.27 PM

Screen Shot 2019-03-12 at 1.32.59 PM

Screen Shot 2019-03-12 at 1.33.06 PM

Screen Shot 2019-03-12 at 1.33.14 PM

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia

Sumber : SiakapKeli