(Terkini) Gempa Bumi Indonesia: Seorang Rakyat Malaysia Terkorban, 6 Hilang

Putrajaya, 17 Mac – Seorang rakyat Malaysia disahkan terkorban manakala enam lagi hilang dalam kejadian gempa bumi di Lombok Timur, Indonesia baru-baru ini. Perkara itu disahkan oleh Kementerian Luar Negeri Malaysia menerusi satu kenyataan terbaru susulan insiden tersebut.

Kementerian menerusi kenyataan itu juga menyaran supaya semua warganegara yang terjejas menghubungi Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta.

Kementerian melahirkan rasa sedih dan simpati terhadap mangsa dan keluarga mereka ekoran daripada insiden gempa bumi ini dan menyarankan supaya semua warganegara Malaysia yang terjejas untuk menghubungi Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta“.

Kedutaan boleh dihubungi menerusi alamat JI. H.R. Rasuna Said Kav.X/6, No. 1-3 Kuningan, 12950 Jakarta Selatan ataupun menerusi telefon +(6221) 522 4947 / +62 813 8081 3036 03-8887 4570 (Nisma Putra) atau emel [email protected]

Gegaran akibat gempa bumi tersebut turut dirasai di kawasan Lombok Utara, Lombok Timur, Lombok Barat, Lombok Tengah, Mataram di Nusa Tenggara Barat dan sebahagian kawasan selatan Pulau Bali. Usaha mencari dan menyelamat sedang giat dijalankan oleh pihak berkuasa tempatan.

Sehingga kini, pihak berkuasa tempatan masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi mengenai insiden ini.

Sumber : SiakapKeli