Mingguan Amanz – Android Q, Huawei Nova 4e, Oppo Reno

Minggu ini menyaksikan Google akhirnya menawarkan Android Q Beta untuk peranti Pixel, sekaligus memperlihatkan sejumlah ciri-ciri baru yang akan disertakan bersama-sama dengannya tidak lama lagi.

Selain daripada itu, di Malaysia, Huawei telah melancarkan Huawei Nova 4e secara rasminya, sekaligus menawarkan telefon pintar dengan elemen rekaan P30 ini pada harga RM1199 di Malaysia.

Samsung telah mengumumkan bakal menawarkan Galaxy M untuk pasaran tempatan bermula minggu akan datang, selain turut menjadualkan pelancaran Galaxy A baru untuk pasaran tempatan.

Dan akhir sekali, Oppo kini turut mengumumkan pengenalan sub-jenama baru dibawah mereka, dinamakan Reno – dan dijangka menawarkan spesifikasi yang tinggi bersama-sama dengannya.

Sumber : Amanz