“Bila Saya Cakap, ‘Dia’ Saya Jadikan Tidak Bernama,” – Perdana Menteri New Zealand

Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern bersumpah untuk tidak pernah menyebut nama lelaki bersenjata dalam serangan Christchurch.

“Dia telah mencetuskan banyak perkara disebabkan tindakan ganasnya tapi ini (inisiden tembakan di masjid) yang paling teruk (sering diperkatakan) – itulah sebabnya anda semua tidak akan pernah dengar saya menyebut namanya lagi” Kata Arden di parlimen.

Insiden tembakan Jumaat lalu di dua masjid menyebabkan 50 orang terkorban dan berpuluh-puluh cedera.

Pengganas yang merupakan seorang yang mempunyai pandangan ekstrem melampau telah didakwa atas tuduhan membunuh.

Twitter CNN turut melaporkan perkara berkenaan. Menurut CNN, Jacinda berkata di dalam parlimen,

Sumber: Twitter CNN

“Saya mohon kepada anda, sebutlah nama mereka yang sudah terkorban lebih daripada dia (pengganas) yang menyebabkan kehilangan (pembunuhan) mereka.”

“Dia seorang pengganas, penjenayah dan pelampau (ekstremis), saya akan gelarkannya ‘nameless’ (tidak bernama)”

Sumber : BBC.com , Ruptly, CNN

Sumber : SiakapKeli