Mengalirnya Darah Syahid 149 Orang Di Bumi Peshawar

Peshawar merupakan sebuah ibu kota bagi wilayah Khyber Pakhtunkhwa
yang berada dekat dengan sempadan Pakistan dan Afghanistan. Peshawar, Pakistan
diiktiraf sebagai kota paling tua di dunia apabila wujud 539 tahun sebelum
Masihi lagi.

Tembakan rambang di Peshawar ini memakan
korban teramai dalam sejarah sejumlah 149 orang. Tembakan rambang ini berlaku
di Sekolah Awam Tentera Peshawar pada 16 Oktober 2014 dan lebih menyayat hati
132 yang terkorban ialah pelajar sekolah. Pihak yang mengaku bertanggungjawab
dalam insiden ini ialah pengganas Taliban dan mereka menyatakan bahawa mereka
bukan menyasarkan pelajar sebaliknya para tentera sebagai balas dendam kepada
serangan tentera secara besar-besaran terhadap kubu mereka.

Antara pelajar yang maut
Sumber: http://img.dunyanews.tv/news/2016/December/12-17-16/news_big_images/365723_85540436.jpg

Tembakan rambang ini bermula pada 10:30 pagi apabila enam orang lengkap bersenjata memasuki sekolah tersebut dengan menaiki dinding penghadang sekolah tersebut. Sebelum memulakan tembakan, mereka telah membakar sebuah van di luar sekolah tersebut. Seterusnya, enam orang bersenjata ini meluruh ke auditorium sekolah tersebut  dan menembak secara rambang pelajar-pelajar yang pada ketika itu berkumpul untuk menjalani latihan bantuan pertolongan cemas.

Menurut Pengarah Jeneral Perhubungan Awam (
ISPR ) Peshawar, Major-Jeneral Asim Bajwa, pengganas hanya menembak seramai
mana yang boleh dan tidak ingin pun mengambil sebarang tebusan. Disebabkan
tembakan tersebut, ramai pelajar yang lari kearah kedua-dua laluan keluar di
auditorium tersebut dan menuju ke taman sekolah tetapi akhirnya kebanyakan mereka
ditembak di sana.

Laporan juga menyatakan pelajar-pelajar dipaksa melihat guru mereka ditembak termasuk pengetua sekolah, Tahira Qazi. Apabila sampai  sahaja Special Service Group ( SSG ) ke sekolah tersebut, enam orang pengganas itu menuju ke bahagian blok pentadbiran sekolah dan mengambil beberapa tebusan di sana sebagai pelindung mereka. Namun begitu, satu daripada pengganas itu maut ditembak oleh SSG manakala yang lain masih selamat.              

Pengganas Taliban yang terlibat
Sumber: https://static.independent.co.uk/s3fs-public/thumbnails/image/2014/12/17/12/taliban-gunmen.jpg?w968h681

Kesemua pasukan beruniform ketika itu menuju
ke sekolah tersebut bagi membantu SSG dan menutup semua jalan keluar yang ada
untuk pengganas itu melepaskan diri. Dengan kehandalan pasukan menembak
Pakistan, seorang pengganas maut di tangan mereka manakala 3 yang lain terbunuh
ketika pasukan komando menyerbu bangunan auditorium tersebut. SSG juga berjaya
menyahaktif bom yang diletakkan di sekolah tersebut untuk mengelakkan kematian
yang lebih banyak.

Menurut laporan akhir, seramai 149 orang
terkorban dalam tembakan ini, 132 pelajar dan selebihnya adalah staf dan
guru-guru sekolah. Manakala pengganas yang terselamat dijatuhi hukuman gantung
sampai mati apabila disabitkan bersalah atas pembunuhan beramai-ramai.

Antara yang maut dalam insiden ini
Sumber: https://img2.thejournal.ie/article/2500863/river?version=2501074&width=630

RUJUKAN:

1. https://www.bbc.com/news/live/world-asia-30491113,
BBC News.

2. http://time.com/4132276/pakistan-peshawar-school-attack-four-hanged/,
TIME.com.

3. https://www.britannica.com/event/Peshawar-school-massacre

The post Mengalirnya Darah Syahid 149 Orang Di Bumi Peshawar appeared first on The Patriots.

Sumber : ThePatriots