7 kawasan catat Indeks Pencemaran Udara tidak sihat

Setakat jam 8 malam Selasa 19 Mac 2019, sebanyak tujuh kawasan di Semenanjung mencatatkan indeks pencemaran udara yang tidak sihat. 
Antara kawasan yang terjejas adalah seperti berikut: 
  • Rompin, Pahang – 191
  • Balok Baru, Kuantan, Pahang – 157
  • Putrajaya – 127
  • Bukit Rambai, Melaka – 113
  • Shah Alam, Selangor – 106
  • Alor Gajah, Melaka – 105
  • Banting, Selangor – 101

Pencemaran udara yang berlaku ini dipercayai berpunca daripada kebakaran hutan di beberapa tempat ekoran cuaca panas berterusan sehingga menyumbang kepada peningkatan bacaan IPU. 
Orang ramai dinasihatkan untuk tidak melakukan sebarang pembakaran terbuka yang boleh menyumbang kepada peningkatan IPU, kerana ia boleh menjejaskan kesihatan terutamanya golongan warga emas dan kanak-kanak. 

Sumber : TheReporter