iMac Dikemaskini Dengan Cip Intel Generasi Kesembilan Dan GPU Radeon Pro Vega

Selepas iPad Mini dan iPad Air dikemaskini semalam, kini tiba giliran dua model desktop iMac pula menerima pemproses lebih berkuasa serta kad grafik Radeon Pro Vega.

iMac 27″ kini hadir dengan pilihan cip Intel generasi kesembilan yang dilengkapi enam hingga lapan teras. Ini menurut Apple meningkatkan prestasi sehingga 2.4 kali ganda. Pengguna boleh memilih memori sehingga 64GB DDR4 dan storan sehingga 2TB SSD. Kad grafik yang ditawarkan pula adalah sehingga  Radeon Pro Vega 48 dengan 8GB memori HBM2.

Pada iMac 21.5″ pula, pilihan cip Intel generasi kelapan dengan empat hingga enam teras ditawarkan. Ini memberikan peningkatan prestasi sehingga 60%. Ia boleh dikonfigurasi sehingga 32GB RAM DDR4 dan storan pula sehingga 1TB SSD. Pilihan kad grafik adalah sehingga Radeon Pro Vega 20 dengan 4GB memori HBM2.

Di Malaysia iMac 21.5″ dengan konfigurasi baharu ini ditawarkan pada harga bermula RM 5,599 manakala iMac 27″ pula ditawarkan pada harga bermula RM 7,699 sebuah.

Sumber : Amanz