Google Memperkenalkan Alat Kawalan Permainan Khusus Untuk Stadia

Bersama-sama pengumuman platform permainan awanan Stadia, pihak Google turut memperkenalkan sebuah alat kawalan permainan khusus yang dioptimasikan untuk platform berkenaan.

Google Stadia

Ia menawarkan rekaan seumpama beberapa alat kawalan permainan sedia ada di pasaran, tetapi dengan beberapa penambahan. Salah satunya, alat kawalan ini akan berhubung terus melalui WiFi, selain menyertakan sebuah butang perkongsian dan juga butang Google Assistant. Pengguna dengan pantas boleh melakukan perkongsian ke laman sosial ketika bermain permainan, selain turut bertanyakan beberapa perkara berkaitan permainan terus kepada Google Assistant.

Buat masa ini, Google tidak mengumumkan lagi berapakah harga jualan alat kawalan ini, selain bilakah ia akan dijual kepada umum.

Sumber : Amanz