“Saya Takde Niat Nak Cederakan Dia,” Paru-Paru Hancur, Remaja ‘Tertolak’ Kawan Pada Ketinggian 60 Kaki

Seorang remaja mengaku bersalah selepas menolak rakannya dari jambatan tinggi di kawasan renang berhampiran Vancouver tahun lalu.

Suspek sebelum itu telah dikenakan denda sekurang-kurangnya RM20,000 dan setahun penjara selepas kejadian itu tular di media sosial serta mendapat tontonan tinggi di YouTube.

Insiden tersebut telah menyebabkan rakannya patah enam tulang rusuk dan hancur kedua-dua paru-paru pada ketinggian kira-kira 60 kaki.

“Saya tak berniat nak cederakan dia dan menyakiti sesiapa pun.  Saya minta maaf diatas apa yang telah terjadi.  Saya menerima tuduhan itu secara matang dan mengharapkan yang terbaik buat saya dan dia.”

Laporan media turut memberitahu bahawa mangsa sudah merancang utuk melompat daripada tebing jambatan itu tapi masih ragu-ragu untuk melakukannya.

Tolakkan itu didakwa tidak kuat namun cukup untuk buat remaja terbabit kehilangan keseimbangan dan jatuh 60 kaki ke bawah.

Sumber: Daily Mail

Jawatan Kosong di Siakap Keli

Kami mencari mereka yang berminat mengisi jawatan Penulis di Siakap Keli

  • Kelayakan minimum Diploma dan keatas
  • Mempunyai pengetahuan luas tentang isu semasa
  • Mengusai bahasa Melayu dan English dengan baik, mengusai bahasa ketiga adalah satu kelebihan
  • Menepati masa dan bertanggungjawab

Jika berminat, email resume dan CV ke [email protected]

Sumber : SiakapKeli