Wanita Hampir Maut, Jantung Dan Hati Rosak Gara-Gara Suntik Sendiri Jus Buah Dalam Salur Darah

Seorang wanita dari Chenzhou, China hampir menemui ajal selepas bertindak sendiri menyuntik secara terus jus buah-buahan ke salur darah kerana kaedah itu didakwa boleh mengekalkan kesihatannya.

Wanita yang dikenali sebagai Zeng, berusia 51 tahun itu dilaporkan berminat dalam rawatan kesihatan tidak konvensional. Disebabkan itu, dia mencuba cara berkenaan kerana menggangap tidak akan mendatangkan kesan buruk terhadap tubuh badannya.

Difahamkan, dia telah menggunakan campuran 20 jenis buah yang dikisar untuk menghasilkan jus sebelum menyuntik ke salur darahnya dengan menggunakan jarum picagari.

”Saya fikir buah segar sangat sihat dan berkhasiat, jadi ia tidak akan memberi kesan buruk jika menyuntiknya ke dalam tubuh badan saya.

”Tak tahu pula ia akan memberi kesan hingga menyusahkan saya,” kata Zeng.

Selepas mengambil suntikan berkenaan, Zeng dilaporkan mengalami gatal-gatal pada tubuh dan suhu badannya pula meningkat sepanjang malam.

Apabila suaminya mengetahui suntikan yang diambil oleh isterinya secara sembunyi kerana keadaan Zeng yang semakin memburuk, dia terus dibawa ke hospital dan dimasukkan ke unit rawatan api.

Menurut doktor, Zeng mengalami beberapa jangkitan, kerosakan hati, buah pinggang dan jantung serta hampir meinggal dunia kerana kegagalan pelbagai organ akibat tindakannya itu.

Mereka memberikan wanita itu rawatan awal dengan membersihkan darahnya daripada jus buah-buahan dengan menggunakan mesin dialisis.

Sumber : Mirror UK

Jawatan Kosong di Siakap Keli

Kami mencari mereka yang berminat mengisi jawatan Penulis di Siakap Keli

  • Kelayakan minimum Diploma dan keatas
  • Mempunyai pengetahuan luas tentang isu semasa
  • Mengusai bahasa Melayu dan English dengan baik, mengusai bahasa ketiga adalah satu kelebihan
  • Menepati masa dan bertanggungjawab

Jika berminat, email resume dan CV ke [email protected]

Sumber : SiakapKeli