“Aku Ni Ketua Keluarga, Pandai La Aku Ikhtiar Cari Duit Bayar.” Cikgu Ini Kongsi Kisah Tentang Mertuanya Undang Reaksi Orang Ramai

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Sebagai manusia, kita semestinya mahu ‘membayar’ semula pengorbanan kedua ibu dan bapa.

Merekalah yang selama ini membesarkan, membanting tulang mencari rezeki, mendidik, memenuhi keperluan kita siang dan malam tanpa mengira lelah.

Bila semakin berusia, mereka (ibubapa) akan makin sensitif dalam banyak perkara. Waktu inilah kita perlu memberikan perhatian dan menjaga tutur kata semasa berkomunikasi dengan mereka.

Kadangkala tidak sedar ada di antara kata-kata kita yang menghiris hati mereka.

Gambar Hiasan

Dan apabila kita sudah bernikah taraf dan penghormatan kita terhadap mertua perlu sama seperti ibu bapa sendiri.

Malah, ada bertanggungjawab yang perlu dilaksanakan kepada mereka.

Sebuah hantaran di Facebook yang ditulis oleh Mohd Fadli telah mendapat perhatian dari pengguna laman berkenaan.

Gambar : Mohd Fadli Salleh

Post yang telah mendapat lebih dari 1.5K perkongsian itu telah menimbulkan reaksi teruja dan kagum dengan tindakan Fadli terhadap mertuanya.

Menurut Fadli dalam hantarannya itu,

Bil Sampai Dua Hari Lepas, Aku Lihat Jumlah, Aku Senyum Saja, RM452.92 Jumlahnya.

Belum pernah bil elektrik aku cecah sampai macam ni. Biasanya sekitar RM250-RM350 sahaja. Namun aku tidak mengeluh. Aku tahu cuaca sekarang panas.

Rumah aku pula ada 3 biji aircond. Bila panas, memang aku suruh mak mertua, adik ipar, puan isteri dan anak-anak buka sahaja aircond. Aku pasang aircond untuk keselesaan keluarga.

Tak perlu takut-takut nak guna.

Soal Bil Letrik Itu, Usah Risau, Aku Ni Ketua Keluarga, Pandai La Aku Ikhtiar Cari Duit Dan Bayar.

Aku tak nak keluarga aku menahan diri untuk keselesaan hanya kerana risau bil melambung. Risau aku yang kena bayar mahal.

Tak perlu risau bab tu. Bahkan aku cakap kat mak mertua,

“Mak, Pasanglah Aircond Kalau Panas, Pasang Je, Tak Apa.”

Aku risau juga mak menahan diri hanya tak nak menantu dia terbeban dengan bil.

Bil itu bukan beban mak. Bukan!

Itu apa yang aku sediakan untuk keselesaan keluarga termasuk mak dan sesiapa sahaja yang tinggal dalam rumah aku. Aku tak pernah anggap ia satu beban.

Bahkan gembira apa yang kita sediakan mereka guna.

Mak memilih tinggal dengan aku ini sudah satu rahmat tidak terkira besarnya. Setiap hari ada alunan bacaan Quran dari bilik mak. Setiap hari ada doa untuk anak cucunya.

Dua benda itu sahaja tidak ternilai dengan segala harta dan isi dunia.

Maka cukup bangs*tlah aku jika berkira untuk sedikit keselesaan mak.

Gambar Hiasan

Anak-Anak Demam, Mak Jagakan, Mak Tak Benar Hantar Pengasuh Kalau Anak Demam.

Dia nak jaga. Anak aku yang sulung dan kedua pun mak yang siapkan untuk ke sekolah.

Begitu banyak jasa mak pada aku dan keluarga. Tidak terkira.

Sama juga dengan adik ipar aku. Beruntung besar aku dia nak tinggal sama. Padahal boleh saja dia tinggal di rumah sewa dengan kawan-kawan dia. Tapi dia memilih untuk tinggal dengan kami.

Setiap hari, dialah yang akan hantar anak sulung aku ke sekolah dan ambil anak kedua aku pulang rumah.

Setiap kali aku keluar, aku rasa anak isteri selamat sebab mak dan adik ipar aku ada menemani puan isteri dan anak-anak.

Maka, apa sangat setakat kenaikan bil elektrik setakat seratus dua?

Aku ketua keluarga. Aku suami. Aku seorang ayah. Dan aku juga seorang menantu.

Itu Tanggungjawab Aku Untuk Menjaga Mereka, Untuk Menyediakan Segala Keperluan Asas Untuk Mereka, Untuk Keselesaan Mereka.

Jika kau pun sama ditempat aku, janganlah kita mengeluh. Kita hadap saja dengan senyuman.

Duit boleh dicari. Kegembiraan dan keselesaan anak isteri serta keluarga itulah yang utama.

Apa yang kita belanjakan untuk anak isteri dan keluarga kita, InsyaAllah Tuhan ganti berlipat kali ganda. Percayalah!

Sementara itu di rungan komen, nezetin turut berkongsi kisah dan pengalaman mereka bersama keluarga mertua.

Tanggungjawab yang tidak diabaikan oleh menantu kepada mertua pastinya dapat menjamin kesejahteraan rumah tangga.

Sumber : Mohd Fadli Salleh 

Sumber : SiakapKeli