Dulunya Seorang DJ, Kini Jacinda Ardern Pemimpin Wanita Pertama Di Dunia Pada Usia 37 Tahun

Merupakan pemimpin termuda di dunia, Jacinda Ardern mengambil alih New Zealand sebagai perdana menteri pada usia 37 tahun.  Ketika ini, beliau antara ahli politik yang paling dihormati dunia.

Namun, sebelum Jacinda Ardern memimpin New Zealand melalui tragedi paling buruk yang mereka hadapi kebelakangan ini, beliau hanyalah wanita biasa yang meminati dunia muzik dengan kariernya sebagai seorang DJ.

Di sebalik senyumannya yang memukau, ahli politik pernah bermain set DJ selama 45 minit menghiburkan ribuan penonton di festival muzik Laneway Auckland pada tahun 2014.

Adern sentiasa mengagumkan orang ramai ketika memutarkan lagu-lagunya dengan sangat profesional.

Cintanya terhadap muzik memperlihatkan gambar yang pernah dimuat naik melalui Instagram, mencuba bermain set DJ di salah sebuah kedai rekod tempatan.

Ia agak sukar dipercayai kerana beliau kelihatan berbeza dengan apa yang dilihat hari ini.

Jangan terkejut kerana playlist lagu-lagi yang pernah dimainkan beliau turut disenaraikan didalam Spotify.

Walau bagaimanapun, minatnya untuk menjadi seorang pemimpin dilihat daripada kecil apabila dia pernah menyertai kempen dalam pemilihan sekolah tinggi sebagai presiden dan menjadi sukarelawan Parti Buruh, mengetuk dan menyebarkan risalah sementara masih bekerja di kedai menjual ikan.

Kredibilitinya sebagai seorang pemimpin tidak dapat disangkal.  Tatkala negaranya ditimpa musibah, beliau bertindak secara rasional dan setiap gerak-geri tindakannya mendapat pujian seluruh dunia.

Sumber: Daily Mail

Sumber : SiakapKeli