Harga RON97 Terus Meningkat, RON95 Dan Diesel Kekal

Kementerian Kewangan menerusi entri terbaru laman web mereka telah mengemaskini harga petrol dan diesel yang berkuatkuasa dari 23 Mac 2019 sehingga 29 Mac 2019.

Harga minyak kali ini menyaksikan harga RON97 terus meningkat sebanyak 7 sen dari RM2.54 kepada RM2.61. Bagi harga runcit RON95 dan Diesel pula kekal pada paras RM2.08 untuk RON95 dan RM2.18 untuk Diesel.

  1. Harga runcit petrol RON97 naik sebanyak 7 sen seliter iaitu daripada RM2.54 seliter kepada RM2.61 seliter.
  2. Harga runcit petrol RON95 kekal pada paras RM2.08 seliter; dan
  3. Harga runcit diesel kekal pada paras RM2.18 seliter.

Untuk minggu terbaru ini adalah minggu ketiga harga RON97 terus meningkat setiap minggu. Berdasarkan pengiraan di bawah formula APM, harga runcit produk petrol RON95 dan diesel bagi tempoh 23 Mac 2019 sehingga 29 Mac 2019 sepatutnya adalah sebanyak RM2.31 seliter dan RM2.38 seliter masing-masing.

Namun, harga runcit produk petrol RON95 dan diesel bagi tempoh di atas adalah dikekalkan pada paras RM2.08 seliter dan RM2.18 seliter selaras dengan keputusan Kerajaan untuk menstabilkan harga runcit bagi produk petroleum dan mengurangkan kos sara hidup rakyat.

Sumber: MOF

Sumber : SiakapKeli