Black Shark 2 Di Malaysia Akan Berharga RM2999 Untuk Versi 12GB RAM

Black Shark merupakan salah satu jenama dibawah ekosistem Xiaomi, dimana Black Shark memfokuskan kepada penawaran telefon pintar memfokuskan sokongan permua. Di Malaysia, telefon pintar Black Shark 2 ini bakal dilancarkan pada 1 April 2019 kelak.

BlackShark 2

Telefon pintar ini hadir dengan skrin 6.39-inci AMOLED, dijana cip Snapdragon 855, bateri 4000mAh, selain dilengkapi sokongan sistem penyejukan untuk memastikan prestasi yang baik untuk penggunaan jangka masa panjang.

Ia turut dilengkapi sokongan dwi-kamera 48-megapixel dibelakang, selain kamera swafoto 20-megapixel.

Walaupun pihak pengedar Black Shark 2 akan melancarkannya di Malaysia pada 1 April kelak, tetapi seperti biasa beberapa penjual telah memulakan pra-tempahan dan memperlihatkan harga jualannya.

Black Shark 2

Melalui Mobile2Go, ia diperlihatkan yang mana model 8GB RAM/128GB storan akan dijual pada harga RM2499, sementara model 12GB RAM/256GB storan berharga RM2999.

Bagi anda, bagaimanakah dengan harga jualan BlackShark 2 ini?

Sumber : Amanz