NASA Dedah Gambar Meteor Yang Tak Pernah Orang Nampak, Ledakkannya 10 Ganda Lebih Besar Dari Bom Atom Hiroshima

Semalam (jumaat), pihak Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) telah mendedahkan beberapa keping gambar dari satelit. Gambar tersebut memaparkan sebuah meteor yang tiba-tiba muncul di atas Lautan Bering pada 18 Disember yang lalu.

Namun perkara itu tidak disedari mahupun dimaklumkan kepada umum (masyarakat) sehinggalah 22 Mac 2019.

Ledakan dari Meteor terbabit begitu kuat dan dianggarkan ia melepaskan 173 kiloton tenaga iaitu lebih 10 kali ganda kuat dari bom atom yang jatuh ke Hiroshima sewaktu Perang Dunia II.

Bom atom yang meletup di Hiroshima pada Perang Dunia II (Gambar : The Coversation)

Gambar meteor itu ditangkap beberapa minit selepas  ‘bebola api’ itu pecah di ruang atmosfera. Udara panas di situ turut berubah menjadi warna oren seakan sama dengan warna meteor.

Gambar : NASA Earth

Gambar-gambar itu diambil menggunakan dua instrumen NASA di atas satelit Terra. Imej meteor tersebut diambil pada jam 23:50 GMT manakala lima dari sembilan kamera di alat Multi-angle SpectroRadiometer (MISR) mengambil satu lagi foto pada jam 23:55 GMT. Manakala pihak NASA menganggarkan bahawa letusan meteor itu mula terjadi pada jam 23:48 GMT.

Satelit Terra (Gambar : NASA Earth Observatory)

Meteor merupakan batu dari luar angkasa yang akan meletup dan pecah ketika memasuki atmosfera bumi akibat geseran kuat. Ia juga dikenali sebagai tahi bintang.

Gambar Pertama yang baru didedahkan minggu ini dan diambil oleh satelit cuaca Jepun (Gambar : AFP)

Menurut laporan, letupan yang terhasil dari meteor ini merupakan letupan yang paling kuat di atmosfera sejak tahun 2013. Pada tahun itu, sebuah bandar di Rusia (Chelyabinsk) telah ‘dimusnahkan’ oleh meteor setinggi bangunan 6 tingkat yang turut menyebabkan lebih 1,500 orang tercedera.

Insiden ini merupakan satu lagi peringatan kepada agensi-agensi angkasa tentang kepentingan memantau objek di angkasa yang boleh menimbulkan ancaman kepada Bumi.

Sumber : Space.com , dailymail.co.uk, NASA Earth 

Sumber : SiakapKeli