Google Map Hadir Dengan Ciri Memasukkan Butiran Acara Terbuka Kedalamnya

Google Maps biasanya digunakan oleh ramai pengguna sebagai aplikasi pemetaan, GPS dan juga satu cara untuk memeriksa waktu yang diperlukan untuk bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain.

Terkini, Google nampaknya telah mengeluarkan sebuah ciri baru yang membolehkan beberapa pengguna peranti Android untuk menambahkan acara-acara terbuka melalui aplikasi Google Maps.

Ciri tersebut, yang hadir dibawah tetapan Contribute membolehkan pengguna untuk menambah nama, tarikh dan lokasi acara terbuka tersebut, dan cara-cara untuk menggunakannya sudahpun hadir melalui dokumentasi laman bantuan Google Maps.

Menurut laporan Android Police, ciri ini sudahpun hadir untuk beberapa pengguna Android, dan kehadirannya hanya terhad kepada beberapa lokasi terpilih. Buat masa ini, Google masih belum mengumumkan bilakah ciri ini akan hadir secara meluas, ataupun rantau-rantau yang boleh menggunakannya.

Sumber : Amanz