Samsung Galaxy Fold Akan Hanya Menggunakan Cip Snapdragon 855

Kemunculan Galaxy Fold amat dinantikan kerana ia adalah peranti skrin boleh lipat pertama keluaran Samsung. Terdapat banyak persoalan mengenainya kerana ia tiada media diberikan akses kepada peranti ini. Sebaliknya Samsung hanya mengeluarkan video rasmi dan peranti yang diletakkan di belakang panel kaca.

Satu misteri yang telah terjawab ialah mengenai cip pemproses yang akan digunakan. Laman XDA Developer telah melakukan analisa ke atas perisian global untuk Galaxy Fold dan hanya menemui kod untuk pemproses Snapdragon 855. Tiada langsung kod yang menunjukkan peranti ini akan menyokong cip Exynos 9820. Tetapi mereka menemui kod bahasa dua model akan dihasilkan satu dengan sokongan 5G dan satu lagi hanya menyokong 4G. Penggunaan hanya satu cip ini mungkin bagi mengurangkan kos menghasilkan peranti yang hanya akan dikeluarkan dalam jumlah yang kecil.

Sumber : Amanz