Awas, Jika Ada Tanda-Tanda Ini, Brek Pada Kenderaan Perlu Segera Ditukar

Salah satu penjagaan kenderaan paling penting dah harus diperiksa adalah pada bahagian break. Kalau dibiarkan, silap langkah keselamatan diri sendri menjadi taruhan.

Tetapi, bagaimana pula nak tahu bila masanya brek tersebut perlu ditukar?

Menurut sumber, tidak ada masa yang spesifik untuk menggantikan brek pad, jadi ianya bergantung pada deria pendengaran dan nasihat dari juruteknik automatif yang berpengalaman.

Kebanyakan kereta perlu menukar kedudukan tayar setiap enam bulan, dan pada masa itu jugalah amat sesuai untuk memeriksa keadaan brek. Selalunya pihak mekanik boleh tengokkan keadaan ketebalan brek pad.

Banyak kereta dibuat dengan adanya sensor pengikis yang melawan brek pad, untuk memberitahu bila ‘lining’ perlu diganti. Anda akan dengar bunyi yang menjengkelkan apabila menggunakan brek (atau pada beberapa kenderaan lain, apabila brek dilepaskan).

Berikut merupakan tanda-tandanya seperti di bawah :

Bunyi yang dikeluarkan

Tidak semua kereta dibina dengan adanya sensor tersebut, jadi anda harus tahu kenderaan anda, dan peka dengan bunyi yang didengar, seperti bunyi bergesel (petanda brek pad dah menipis).

Ada bunyi yang dikeluarkan boleh hilang dengan membuat pembersihan pada kawasan brek, tapi jika brek tersebut selalu didengar dengan lebih kerap, ia menandakan ada nahagian yang rosak.

Perlu ditekan dengan lebih kuat

Tanda lain yang boleh dilihat adalah apabila pedal brek ditekan, jarak kenderaan berhenti, atau bila menekan brek kaki, ia perlu ditekan dengan lebih dalam, sehingga mencecah lantai.

Disebabkan ‘brake linings’ digunakan secara beransur-ansur, anda mungkin tidak perasan akan perubahan yang ada, jadi mekanik yang berpengalaman boleh membantu.

Lampu peringatan

Kereta mempunyai lampu peringatan brek yang menyala dalam beberapa saat ketika enjin dihidupkan. Sekiranya lampu itu menyala ketika sedang memandu, ia mungkin bermakna bendalir pada brek rendah disebabkan kebocoran atau masalah dengan silinder brek. Harus diingat, lampu ini bukanlah nyalaan yang sama dengan brek tangan atau brek kaki.

Semua kereta dan kenderaan ringan mempunyai brek cakera depan. Ada juga yang mempunyai pada bahagian belakang. Bila kereta ada brek cakera, hanya perlu digantikan brek pad dan menghidupkan kembali rotor pada alat pelarik jika perlu, supaya permukaan lebih lancar.

Namun, kini banyak pengeluar kereta telah gunakan rotor yang lebih ringan dan nipis untuk kurangkan berat kenderaan dan jimatkan wang.

Ambil perhatian dengan bunyi-bunyian yang dikeluarkan oleh kenderaan, lebih-lebih lagi bahagian brek yang kerap digunakan. Jika perlu diganti atau ditukar, pastikan lakukannya supaya pemanduan lebih selamat.

Sumber : Cars.com

Sumber : SiakapKeli