Jika Produktiviti Meningkat, Gaji Pekerja Juga Meningkat, Tapi Tidak Berlaku Di Malaysia

Memetik laporan Bernama mengenai laporan Bank Negara Malaysia (BNM) yang mengatakan bahawa seorang siswazah lepasan diploma berpendapatan RM1,376 pada 2018 berbanding RM1,458 pada 2010 sementara pemegang ijazah sarjana RM2,923 berbanding RM2,707 pada 2010.

Namun Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) ternyata tidak bersetuju dengan data yang dibentangkan itu dengan mendakwa bahawa seorang pemegang diploma boleh mendapat pendapatan sebanyak RM1,661 pada 2018 berbanding RM1,458 pada 2010, ijazah sarjana muda RM2,393 (RM1,993) dan ijazah sarjana RM3,267 (RM2,923) menurut data perkumpulan majikan.

Malah data itu diterangkan berdasarkan data yang dikumpul daripada syarikat anggota yang terlibat dan diterbitkan oleh MEF. Perkata itu dimaklumkan sendiri oleh Pengarah Eksekutif MEF Datuk Shamsuddin Bardan. Malah Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menyatakan bahawa pihak kerajaan akan membuat kajian yang menyeluruh berhubung dengan isu ini.

Terbaru, Bank Negara Malaysia (BNM) telah memuat naik kicauan di laman Twitter mereka berkaitan dengan isu gaji di Malaysia. Mereka bertanyakan soalan yang bertulis :

Adakah pekerja Malaysia dibayar gaji sewajarnya?

Apakah yang Malaysia perlu lakukan untuk menambah baik keadaan ini?

Gambar : Twitter BNM

Susan M. dalam kajiannya mendefinisikan gaji sebagai wang bayaran yang diberikan oleh majikan kepada pekerja yang jumlahnya telah ditetapkan oleh kontrak pekerjaan. Malah ia akan dibayar mengikut tempoh masa yang tertentu sebagai pertukaran kepada kerja mahupun tugasan yang telah dilaksanakan.

Tambah Susan M., jumlah bayaran yang ditentukan perlulah dibandingkan dengan kadar pasaran dalam industri serta kawasan yang sama.

Gambar : Twitter BNM

Pekerja perlu melakukan tugas (pekerjaan) yang telah diarahkan oleh majikan dan sebagai ganjaran, majikan perlu memberi wang kepada mereka. Malah majikan wajar memberikan gaji setanding dengan produktiviti yang telah dihasilkan oleh pekerja. Pekerja pula akan menggunakan wang tersebut untuk memenuhi keperluan harian dan kehendak mereka.

Gambar : Twitter BNM

Sepatutnya, apabila produktiviti meningkat, gaji juga akan meningkat. Namun tidak di Malaysia, upah lebih rendah daripada nilai produktif sebenar pekerja. Jika di bandingkan dengan negara seperti Amerika Syarikat, Australia, Jerman dan Singapura, negara kita agak rendah nilai upah yang dibayar kepada pekerja.

Gambar : Twitter BNM

Pendapatan akan dijana dalam ekonomi terakru. Akru didefinisikan sebagai hak atau tuntunan yang diserahkan atau djelaskan kepada tuan empunya. Ia juga ditakrifkan sebagai faedah yang terkumpul atau bertambah sedikit demi sedikit. Jumlah pendapatan akan dibahagikan kepada pendapatan terakru firma dan pekerja.

Namun, pengagihan pendapatan mungkin tidak saksama. Pekerja mendapat bahagian lebih kecil walaupun peranan mereka lebih besar.

Gambar : Twitter BNM

Mengikut pertumbuhan pekerja 2010-2017, negara Malaysia mewujudkan lebih banyak pekerjaan berkemahiran rendah berbanding pekerjaan kemahiran sederhana seperti pekerja sektor jualan, bahagian pengkeranian dan kemahiran tinggi seperti pengurus, ahli profesional serta juru teknik.

Ditambah pula dengan lambakan graduan. Terlalu sedikit pekerjaan berkualiti yang ditawarkan dan memberikan gaji permulaan yang terlalu rendah. Gaji permulaan Nominal dan Benar Graduan pada tahun 2018 adalah : RM 1,376 (Diploma). RM 1,983 (Sarjana Muda) dan RM 2,707 (Sarjana).

Gambar : Twitter BNM

Apa yang perlu dan boleh dilakukan oleh kerajaan dan kita?

Paling penting, pembaharuan mestilah dilakukan secara menyeluruh untuk memastikan peningkatan pendapatan mampan di malaysia. Usaha seperti menarik pelaburan berkualiti dan mengurangkan ketidakpadanan pekerjaan. Ketidakpadanan pekerjaan ini bermakna gaji dan upah buruh diterima lebih rendah berbanding dengan kelayakan akademik mereka.

Selain itu, pihak kerajaan haruslah cakna dan memastikan gaji berdasarkan produktiviti serta memperkukuhkan undang-undang berkaitan dengan pekerja. Malah kajian yang hendak dilakukan mereka (kerajaan) perlulah dijawab dengan menjawab persoalan-persoalan asas seperti yang di nyatakan di atas.

Rujukan

1] Susan M. Healthfield, 25 February 2019, Salary and Salary Requirements of jobs Candidates.

Sumber : Twitter Bank Negara Malaysia 

Sumber : SiakapKeli